CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6277|Reply: 0

[Perlis] Bekas pegawai khas tuntut gaji tertunggak daripada Ahli Parlimen Kangar

[Copy link]
Post time 7-12-2023 04:07 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMAD Rauf menunjukkan surat perlantikannya sebagai pegawai khas pada November tahun lalu sebelum dipecat tanpa notis pada Mei tahun ini di Mahkamah Buruh Kangar. FOTO Aizat Sharif

Kangar: Bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen Kangar memfailkan tuntutan sivil terhadap bekas majikannya yang juga Ahli Parlimen Kangar, Zakri Hassan yang tidak membayar tunggakan gaji berjumlah RM4,569.23 selama tempoh satu setengah bulan sebelum pemecatannya Mei lalu.

Muhamad Rauf Abdul Aziz, 39, yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Bahagian Kangar selaku plaintif turut menyaman bekas majikannya itu kerana pemecatannya yang dianggap tidak sah iaitu dilakukan tanpa notis.

Muhamad Rauf memfailkan tiga tuntutan membabitkan gajinya pada November tahun lalu yang berjumlah RM830.77, baki gaji bagi April tahun ini yang berjumlah RM1,800 serta gaji ganti notis iaitu empat minggu tuntutan gaji ganti notis berjumlah RM1,938.46 di hadapan pegawai pendengar, Fadila Diana Zulkafli di Mahkamah Buruh Kangar.

Plaintif dan defendan bagaimanapun tidak diwakili mana-mana peguam dalam prosiding perbicaraan berkenaan yang berlangsung lebih satu jam.



Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perlis, Iskandar Jassa mengesahkan mengenai tuntutan yang dikemukakan oleh pihak plaintif.

"Kita menerima aduan berhubung tuntutan pada 6 September lalu dan ia sudah dibawa melalui proses sebutan kes di Mahkamah Buruh sebelum ini.

"Pada hari ini proses perbicaraan berjalan dengan baik dan selepas ini mungkin terdapat hujahan bertulis daripada defendan sebelum keputusan dibuat," katanya.

Katanya, dalam konteks Mahkamah Buruh, pegawai pengendali akan mendengar tuntutan berkenaan.

"Kedua-dua pihak terbabit bebas untuk hadir bersama peguam bagi membentangkan kes.

"Malah, pegawai Pendengar JTK juga akan membuat keputusan berhubung kes berkenaan dalam tempoh masa sekurang-kurangnya 14 hari.

"Tuntutan bagi kes ini dijalankan mengikut Seksyen 69 Akta Kerja 1955," katanya.

Sementara itu, Muhamad Rauf berkata, dia mula menjadi Pegawai Khas Ahli Parlimen Kangar bermula 19 November tahun lalu selepas dilantik dengan gaji bulanan sebanyak RM1,800 sebulan.

"Saya kemudiannya dipecat pada 19 April tahun ini tanpa sebarang notis pemakluman.

"Saya memfailkan ganti rugi di Mahkamah Buruh pada 6 September lalu bagi menuntut bayaran tunggakan gaji ini," katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu, Zakri berjaya menewaskan penyandang kerusi parlimen itu sebelum ini, Noor Amin Ahmad dari Pakatan Harapan serta Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya dan dua lagi calon dari Parti Pejuang, Nur Sulaiman Zolkapli dan Rohimi Shapiee dari Parti Warisan dengan majoriti sebanyak 9,192 undi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hli-parlimen-kangar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.062441 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list