CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5540|Reply: 0

[Perlis] Pengasuh warga Indonesia mengaku bersalah sembunyikan kelahiran bayinya

[Copy link]
Post time 11-1-2024 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Pengasuh warga Indonesia mengaku bersalah sembunyikan kelahiran bayinya


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Tertuduh, Yuni Widya Sari (berbaju warna jingga) dibawa keluar oleh anggota polis yang bertugas dari Kompleks Mahkamah Kangar. FOTO AIZAT SHARIF




Kangar: Seorang pengasuh warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan menyembunyikan kelahiran di Kangar pada bulan lalu.

Tertuduh, Yuni Widya Sari, 28, berasal dari Medan, mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Shahida Abd Rahim.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Yuni didapati melakukan perbuatan menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan olehnya di Jalan Mutiara Jaya, Taman Mutiara, Kangar, jam 6.30 pagi, pada 21 Disember lalu.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen sama, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali manakala tertuduh diwakili peguam, Nurul Hanani Che Nor daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mohd Izham dalam hujahannya memohon mahkamah supaya tidak memberi jaminan kepada tertuduh memandangkan tertuduh adalah warga asing.

Hujahan itu bagaimanapun dibantah oleh Nurul Hanani yang melihat anak guamnya berhak mendapat jaminan mengikut Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam rayuannya, dia memohon mahkamah supaya dapat memberikan satu jaminan yang setimpal kepada anak guamnya memandangkan tertuduh adalah ibu tunggal.

Selain itu, tertuduh juga menyara dua anaknya berusia empat dan lima tahun yang kini dijaga oleh ibu tertuduh di Medan.

Mahkamah membenarkan rayuan Nurul Hanani dengan menetapkan jaminan RM8,000 dengan dua penjamin warga Malaysia.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan tarikh 15 Februari ini sebagai tarikh penentuan hukuman sementara menunggu laporan bedah siasat dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Pasport tertuduh turut diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh bagaimanapun gagal membayar jaminan.

Terdahulu, Yuni Widya tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar sekitar jam 8.15 pagi diiringi anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar.

Pada 30 Disember lalu, polis menahan seorang wanita warga Indonesia bagi membantu siasatan berkaitan penemuan mayat bayi lelaki di belakang sebuah rumah di Taman Mutiara di Kangar.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop dipetik berkata, mayat bayi itu ditemui apabila seorang guru lelaki terbau bau busuk di belakang rumahnya.

Katanya, lelaki itu mencangkul di lokasi berbau busuk terbabit sebelum menjumpai mayat bayi berbungkus kain putih yang sudah pun berulat.



Disiarkan pada: Januari 11, 2024 @ 12:50pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3778 Replies : 22
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9122 Replies : 178
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29416 Replies : 212
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 188749 Replies : 4305
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90518 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.261403 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list