CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9092|Reply: 0

MotoGP: Acosta mahu tenang musim pertama

[Copy link]
Post time 31-1-2024 12:34 PM | Show all posts |Read mode

ACOSTA enggan meletakkan sasaran tinggi pada musim pertamanya dalam saingan MotoGP. - X MOTOGP

MADRID – Pelumba rookie MotoGP, Pedro Acosta enggan meletakkan sasaran tinggi pada tahun pertama di pentas elit selepas dinaikkan pangkat untuk mewakili pasukan GasGas Factory Racing Tech3 bermula musim ini.

Sebagai rekod, Acosta hadir dengan reputasi hebat apabila berjaya menjuarai saingan Moto3 pada edisi 2021 sebelum muncul juara pada kejohanan Moto2 musim lalu.

Prestasi hebat yang dipamerkan oleh Acosta menyaksikan khidmatnya menjadi buruan beberapa pasukan sebelum bersetuju untuk menerima tawaran Tech3.

Acosta yang baru berusia 20 tahun mengakui banyak perkara sudah dipelajarinya terutama apabila meletakkan harapan tinggi pada kejohanan Moto2 edisi 2022, tetapi gagal mencapai kejayaan yang diharapkan.

“Ketika saya bergelar juara Moto3, saya meletakkan harapan tinggi pada tahun berikutnya, tetapi sebaliknya yang berlaku. Tahun lalu saya berlumba dengan lebih tenang dan ganjarannya saya dapat bergelar juara dunia.

“Kini, saya tidak mahu meletakkan sebarang sasaran spesifik kerana ini adalah musim pertama di pentas MotoGP dan mungkin saya masih perlu menyesuaikan diri,” katanya.

Mengulas lanjut, Acosta percaya fokus selepas ini adalah untuk menjalani sesi pramusim di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia dan Qatar bermula minggu depan.

“Kita akan berada di Sepang selama enam hari kemudian akan mengharungi fasa seterusnya di Qatar. Kita lihat bagaimana keadaan jentera sama ada boleh bersaing atau sebaliknya,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... nang-musim-pertama/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.059930 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list