CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11177|Reply: 75

[Tempatan] Pesawat dipercayai terhempas dekat Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar. #5, 6 & 7, Pesawat ringan. #33, Dua penumpang termasuk juruterbang, anggota penyelamat masih mencari mangsa

  [Copy link]
Post time 13-2-2024 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 13-2-2024 09:30 AM

Pesawat dipercayai terhempas dekat Sekolah Kebangsaan Tok Muda

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... kebangsaan-tok-muda

Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

Disiarkan pada: Februari 13, 2024 @ 2:40pm


GAMBAR hiasan

Klang: Sebuah pesawat dipercayai terhempas di sekitar kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Muda, Kapar di sini, hari ini.

Kejadian terbabit dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Harian Metro sedang mendapatkan pengesahan berhubung kejadian ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2024 02:47 PM | Show all posts
berapa org mati?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 03:06 PM | Show all posts
private ke

xde tergempar pong
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 03:08 PM | Show all posts
Pesawat ringan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2024 03:13 PM | Show all posts
Pesawat terhempas dekat Kapar

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... rhempas-dekat-kapar

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil dan Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

Disiarkan pada: Februari 13, 2024 @ 2:40pm


SERPIHAN pesawat kecil yang terhempas. FOTO ihsan bomba

Klang: Sebuah pesawat kecil dipercayai terhempas di kawasan kampung sekitar Kapar di sini, hari ini.

Kejadian terbabit dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud.

"Ada, kita sedang kumpulkan maklumat dan nanti kami akan keluarkan kenyataan rasmi," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Terdahulu beberapa rakaman video tular memaparkan bangkai pesawat terhempas di sebuah kawasan kebun dimuat naik beberapa individu di media sosial.

Berdasarkan video berkenaan, saksi mendakwa pesawat malang itu berkecai di udara sebelum jatuh terhempas.

Bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihan berhubung kenyataan berkenaan.

Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun tidak mengulas lanjut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2024 03:20 PM | Show all posts
Pesawat ringan terhempas, bomba lakukan pencarian mangsa

https://www.bharian.com.my/berit ... an-pencarian-mangsa

Oleh Ruwaida Md Zain - Februari 13, 2024 @ 3:03pm
bhnews@bh.com.my

KLANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan sebuah pesawat ringan terhempas dan terbakar di kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Muda, Kapar di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.56 tengah hari tadi.

"Kita sampai di lokasi kejadian dan mengesahkan pesawat ringan jenis 'Air Craft Aviation Safety Technology' itu terhempas dan terbakar.

"Kerja mencari mangsa sedang dijalankan dan jumlah mangsa masih belum diketahui," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-2-2024 03:25 PM | Show all posts
Pesawat terhempas di Klang

https://www.malaysiakini.com/news/696060

Hariz Mohd & Alyaa Alhadjri
Diterbitkan:  Feb 13, 2024 3:03 PM⋅
Dikemaskini: 3:03 PM



Sebuah pesawat ringan terhempas di ladang kelapa sawit di Kapar, Klang awal petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, anggota penyelamat dihantar ke tempat kejadian selepas pihak berkuasa menerima panggilan mengenai pesawat terbakar pada 1.56 tengah hari.

Sehingga jam 2.45 petang, anggota penyelamat masih mencari mangsa.

“Susulan panggilan itu, sepasukan anggota bomba dari balai bomba Kapar telah dihantar ke lokasi kejadian di Kampung Tok Muda, Kapar.



“Menurut laporan awal pasukan, mereka mendapati sebuah pesawat terhempas di lokasi berkenaan.

“Pasukan masih mencari mangsa,” kata seorang jurucakap.

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 03:26 PM | Show all posts
Macam junam tiruk jer. Tenggelam dlm tanah dan kesannya setempat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2024 03:32 PM | Show all posts
saksi kata berkecai di udara... berkecai dah kot mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 03:37 PM | Show all posts
Teringat balik pesawat terhempas kat Elmina dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkecai kt udara. Ada nmpk video keping2 body aircraft tu melayang2 jatuh terhempas atas jalan. Mangsa belum dijumpai lg. Tak tahu berapa org pun yg terlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 13-2-2024 03:26 PM
Macam junam tiruk jer. Tenggelam dlm tanah dan kesannya setempat.

Keping2 badan aircraft tu jatuh berselerak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap xde jumpa kucing kat situ. Mmg jahat sangatlah kalau ada yg buang kucing kt ladang kelapa sawit.


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap x de org bawah yg kene
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 04:12 PM | Show all posts
tak dak video ka
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada video pesawat yg dh terhempas tapi xreti nak upload video
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 13-2-2024 04:12 PM
tak dak video ka

Ada video berkecai kat udara...mmg tak de Harapan la nk jumpa mayat elok..sure berkecai jugak
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 04:14 PM | Show all posts
Edited by tossee at 13-2-2024 04:16 PM

Kalau tengok video dan gambar tu nombor plate kapal tu adalah I-POOC model pesawat adalah blackshape gabriel, jenis pesawat ringan 2 tempat duduk

https://www.tiktok.com/@bernamat ... 7334971486920297735

https://www.jetphotos.com/photo/10817331
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cap je yg jumpa terselamat.. org xtau la
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2024 04:19 PM | Show all posts
berapa org la mangsa.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196805 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.071312 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list