CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8331|Reply: 0

[Kedah] Lunaknya suara Airil, hanya belajar dari TV, video 'Azan Jiharkah'

[Copy link]
Post time 17-2-2024 03:05 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Airil Haiqal Hafizal bersama hadiah juara Pertandingan Azan Kanak-Kanak di Surau Azzakirin Kampung Penarak, Langkawi. - NSTP/HAMZAH OSMAN

LANGKAWI: Pertandingan Azan Kanak-Kanak yang berlangsung di sini hari ini menampilkan barisan muazin cilik yang berbakat dan berpotensi menjadi pelapis pada masa depan.

Program di pekarangan Surau Azzakirin Kampung Penarak itu julung kali dianjurkan, dengan objektif utama mengisi masa terluang kanak-kanak pada musim cuti persekolahan, selain menjadi inisiatif bagi melahirkan muazin pelapis.

Keputusan diumumkan kemudian melonjakkan Mohd Airil Haiqal Hafizal sebagai juara pertandingan disertai 15 kanak-kanak itu, diikuti Mohd Haziq Mohd Hafizal di tempat kedua, manakala Shamsul Arif Ilfi Zamzuri teraksa berpuas hati di tempat ketiga.

Ketika ditemui, Mohd Airil Haiqal, 13, memberitahu dia memang minat mendengar azan di televisyen sejak kecil, selain mempelajari gaya dan teknik pernafasan dimiliki penyanyi, Furqan Fawwaz menerusi video 'Azan Jiharkah' di YouTube.



Kejayaan itu membolehkan murid berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM150, trofi, hamper dan sijil penghargaan.

"Saya minat mendengar azan di TV sejak kecil. Untuk pertandingan hari ini, saya banyak mempelajari gaya dan teknik pernafasan penyanyi Furqan Fawwaz menerusi YouTube. Pertama kali masuk pertandingan memang rasa berdebar.

"Berbekalkan kemenangan ini, saya berhasrat menjadi muazin di mana-mana masjid besar apabila besar nanti," katanya.

Pemenang tempat kedua membawa pulang wang tunai RM100, manakala ketiga, RM70. Mereka juga masing-masing turut pulang bersama trofi, hamper dan sijil penghargaan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Imam Masjid Al-Hana Kuah, Mohd Dzaher Saad pada majlis turut dihadiri pengerusi penganjur, Marzuki Ibrahim.
https://www.bharian.com.my/berit ... video-azan-jiharkah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.057173 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list