CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17490|Reply: 0

[Kedah] Main wau, jerami gulung aktiviti istimewa musim kemarau

[Copy link]
Post time 17-2-2024 07:11 PM | Show all posts |Read mode
Main wau, jerami gulung aktiviti istimewa musim kemarau

OlehROSHILA MURNI ROSLI
17 Februari 2024 10:15am




Belia Kampung Benua antara yang bertungkus lumus menjayakan pesta wau dan jerami gulung di kampung terbabit.




ALOR SETAR - Musim kemarau yang melanda negara khususnya di Utara pada ketika ini diisi sebaik mungkin oleh belia Kampung Benua dengan aktiviti bermain wau dan pameran jerami gulung.

Tambahan pula cuti sekolah yang baru sahaja bermula merancakkan lagi pesta tradisional terbabit dengan kehadiran anak-anak muda.



Wakil belia kampung berkenaan, Radzi Ahmad, 40, berkata, pada awalnya, dia bersama rakan-rakan lain hanya bermain wau di kawasan itu bermula dua bulan lalu.

" Pada masa itu belum mengerat (menuai) lagi jadi kami main wau dulu, kebanyakkan penduduk di sini pula dari golongan pesawah jadi mereka tak ada aktiviti hendak dibuat ketika tunggu padi masak.



"Masa itu dalam 15 wau sahaja yang ada dan orang kampung sini yang ramai, lama-kelamaan rakan-rakan dari kampung lain turut sama bermain wau di sini," katanya ketika ditemui di sini pada petang Khamis.

Menurutnya, sehingga kini kira-kira 30 wau pelbagai jenis akan dinaikkan oleh anak muda yang mengisi masa lapang mereka setiap petang.

"Sekarang pula musim cuti sekolah maka lebih ramailah anak muda termasuk pelajar sekolah bermain wau di sini.

"Secara tidak langsung kawasan ini menjadi tempat tumpuan mereka melakukan aktiviti berfaedah daripada terlibat dengan merempit atau aktiviti tak bermoral," katanya.






Pelbagai jenis wau dapat disaksikan pada pesta wau Kampung Benua, Alor Setar.




Jelasnya, selepas sebulan kampung berkenaan menjadi tumpuan permainan wau, timbul pula idea mereka untuk membuat jerami gulung.
"Idea jerami gulung ini bermula apabila salah seorang daripada rakan kami membuat jerami gulung untuk memberi haiwan ternakannya makan.





"Jadi kami pun terfikir untuk buat pameran jerami gulung di sini alang-alang padi pun dah mengerat.

"Dari situ kami ambil sikit-sikit dari kawan kami itu manakala enam jerami gulung yang bersaiz besar kami minta dari Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada)," katanya. Radzi berkata, sejak terdapat pelbagai arca jerami dan jerami gulung dipamerkan di situ, kampung mereka kian menjadi tumpuan orang ramai termasuk pengunjung luar.

"Bermula jam 6 petang orang ramai akan memenuhi kawasan ini kebanyakan untuk bergambar dan bermain wau.

"Insya-ALLAH kami akan cuba buat penambahbaikan dari semasa ke semasa di kawasan ini supaya lebih menarik dan menjadikan Kampung Benua ini antara kawasan tumpuan di musim cuti sekolah ini," katanya.


Mohd Fikry menunjukkan cara menaikkan wau kepada anaknya sambil ditemani isterinya di Kampung Benua pada petang Khamis.




Seorang pengunjung Mohd Fikry Mohd Nasir, 30, dan isteri, Nor Shafika Nadrah Shamsul tidak terkecuali membawa anak mereka Nur Qisya Afina, 7, bagi merasai pengalaman bermain wau beramai-ramai.

"Isteri ajak saya datang sini ambil gambar jerami gulung, sambil-sambil tu saya beli juga wau bawa ke sini untuk ajar anak bermain.

"Dapat juga dia rasai pengalaman permainan tradisional sambil kenal wau-wau lain yang bermacam-macam jenis," katanya.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Kebun Pinang di sini, Muhammad Amirul Ammar Mohd Shahrul Anuar, 10, berkata, sejak cuti sekolah setiap petang dia bersama rakan-rakan akan menghabiskan masa melihat orang ramai bermain wau di kawasan terbabit.


Zulkarnaen (dua dari kanan) bergambar bersama keluarganya berlatarbelakangkan sebuah arca jerami di Kampung Benua.




Seorang guru dari Jengka, Pahang, Zulkarnaen Abdullah, 51, berkata, dia mengetahui mengenai pesta jerami dan wau di Kampung Benua itu setelah dimaklumkan oleh isterinya yang melihat pesta berkenaan di aplikasi TikTok.

"Saya dan keluarga sudah beberapa kali datang ke Kedah. Hari ini kebetulan sudah ada di sini isteri saya cari tempat menarik di Kedah, kemudian keluar tentang jerami gulung di Kampung Benua ini.

"Kami sekeluarga memang teruja kerana di Jengka banyak sawit dan getah. Apabila datang ke sini lihat ada jerami gulung pula, memang kali pertama tengok jadi rasa seronok.

"Selain jerami, ada wau juga jadi ia boleh jadi daya tarikan kepada pelancong yang datang ke Kedah dan saya harap ia dapat ditambah baik dari semasa ke semasa," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4072 Replies : 29
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 190028 Replies : 4339
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74033 Replies : 2972
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47797 Replies : 320
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 11539 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 10926 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6339 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9506 Replies : 181
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103831 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.072145 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list