CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8001|Reply: 0

[Kedah] Cuaca panas: 8,623 pelancong lawat Langkawi

[Copy link]
Post time 18-2-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Sekeluarga pelancong berkelah di Pantai Legenda, Langkawi walaupun cuaca panas dengan suhu harian mencecah 37 darjah Celsius sedang melanda pulau itu. - Foto NSTP/HAMZAH OSMAN

LANGKAWI: Cuaca panas dengan suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius tidak menghalang seramai 8,623 pelancong mengunjungi pulau ini untuk bercuti semalam.

Daripada jumlah itu, sejumlah 4,720 pelancong tiba di pulau itu menerusi perkhidmatan feri penumpang, manakala 903 menggunakan feri penumpang/kenderaan (RoRo) dan 3,000 melalui penerbangan.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line), Kapten Baharin Baharom, berkata rekod jualan tiket feri menunjukkan cuaca panas tidak menghalang pelancong masuk ke Langkawi.

"Ini kerana, seramai 1,947 penumpang masuk menerusi lima trip feri dari Kuala Kedah dan sejumlah 2,773 penumpang lagi masuk ke pulau ini menerusi enam trip perjalanan feri dari Kuala Perlis semalam.



"Permintaan bagi perkhidmatan feri penumpang tidak terjejas dan kekal positif untuk tempoh tiga hari terakhir walaupun cuaca panas dan kering sedang melanda pulau ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pengurus Besar Langkawi Port Sdn Bhd (Langkawi Port), Muhd Nasir Abdul Aziz, berkata seramai 903 penumpang pula tiba menerusi perkhidmatan feri RoRo di Dermaga Tanjung Lembung (DTL) semalam.

"Sebanyak tujuh feri RoRo beroperasi semalam dengan semuanya dari Kuala Perlis. manakala sebuah lagi yang sepatutnya berlepas dari Kuala Kedah dibatalkan akibat mengalami kerosakan," katanya.

Pada masa sama, semakan jadual ketibaan pesawat di laman web Malaysia Airports, mendapati Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) menerima 23 penerbangan masuk semalam.

Pesawat AirAsia AK 6320 dari Kuala Lumpur menjadi pesawat pertama tiba pada jam 7.02 pagi, diikuti pesawat Batik Air, Firefly dan Malaysia Airlines dengan penerbangan terakhir tiba di LTAL jam 10.30 malam tadi.

Paparan jadual di laman web sama turut menunjukkan jam 10 pagi hingga 12 tengah hari semalam menjadi waktu paling padat apabila terdapat masing-masing lapan pesawat mendarat dan berlepas di lapangan terbang itu.

Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Kedah/Perlis Effendi Ramley berkata, kadar tempahan bilik hotel di pulau ini menunjukkan perkembangan positif selepas berada sekitar 63 peratus sepanjang minggu ini.

"Secara keseluruhan 35 hotel bawah MAH di Langkawi, termasuk hotel yang terletak di kawasan tumpuan seperti Pantai Chenang, Pantai Tengah dan pekan Kuah mencatat kadar tempahan sekitar 63 peratus.

"Sehingga kini, belum ada kes pelancong membatalkan tempahan penginapan mana-mana hotel di bawah MAH susulan cuaca panas, malah difahamkan tempahan bilik sentiasa bertambah dari hari ke hari," katanya.

Semalam, media melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyenaraikan Langkawi antara 10 kawasan di negara ini merekodkan suhu panas tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius.

Selain Langkawi, sembilan kawasan lain ialah Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena, Sik, Baling di Kedah; Seberang Perai Utara di Pulau Pinang dan Kuala Kangsar, Perak manakala Sabah membabitkan daerah Beaufort.
https://www.bharian.com.my/berit ... cong-lawat-langkawi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.093175 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list