CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24950|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM pertimbang jawatan warden bukan guru

  [Copy link]
Post time 29-3-2024 09:19 PM | Show all posts |Read mode
KPM pertimbang jawatan warden bukan guru


Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 29, 2024 @ 9:12pm bhnews@bh.com.my




Fadhlina (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan pada majlis berbuka puasa di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan hari ini. - Foto BERNAMA




NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) masih mengkaji ekosistem sekolah secara keseluruhan sebelum membuat keputusan mewujudkan jawatan warden asrama bukan dalam kalangan guru.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya sebelum itu sudah mendengar beberapa pandangan yang dikemuka berhubung isu itu dalam mengurangkan beban tugas dihadapi guru, di samping mengatasi kes buli di asrama sekolah.

"Oleh itu, saya fikir dengan keadaan yang barangkali kita perlu lihat adalah ekosistem secara keseluruhan sekolah sama ada sesuai atau tidak melantik orang lain sebagai warden.

"Jika ada keperluan dan keutamaan ketika ini kita akan pertimbangkan. Kita berterima kasih kepada semua pandangan.

"Bagaimanapun, apa yang paling penting adalah tanggungjawab semua untuk membanteras buli. Jangan normalisasikan buli ini dan kita kena perkukuhkan semua ekosistem yang ada untuk memastikan gejala buli ini benar-benar dapat kita tangani di semua peringkat, khususnya sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pandangan beberapa pihak yang meminta KPM mempertimbang untuk mewujudkan jawatan warden bukan dalam kalangan guru.

Ini bagi mengurangkan beban tugas guru selain mengatasi kes buli.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pihaknya sentiasa memperkemaskan garis panduan apabila ditambah baik dari semasa ke semasa bagi mengatasi isu buli termasuk buli siber.

"Saya juga minta untuk ibu bapa sama-sama dengan pihak KPM dan guru untuk memberikan tumpuan kepada anak-anak kita.

"Kita juga sedang memperkasa guru-guru kaunseling kita untuk memberi sokongan kepada ekosistem displin di sekolah, termasuk juga guru displin kita dan ini semua yang saya sebut tadi ekosistem ini penting.

"Ia tidak boleh berlangsung hanya dengan peranan KPM sahaja tetapi semua pihak termasuk seluruh komuniti untuk memastikan gejala ini benar-benar kita dapat perangi di peringkat akar umbi," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.052111 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list