CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5279|Reply: 35

[Tempatan] Gerhana, sambut raya dalam gelap?

  [Copy link]
Post time 5-4-2024 08:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 7-4-2024 10:11 AM

KUALA TERENGGANU – Fenomena gerhana matahari penuh yang dijangka berlaku di Amerika Utara pada Isnin ini tidak mungkin akan menyebabkan Hari Raya Aidilfiri disambut awal mahupun menyebabkan bumi bergelap tiga hari seperti didakwa segelintir pihak.

Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Madya Ts. Dr. Roslan Umar berkata, gerhana matahari yang hanya boleh dilihat dalam tempoh kira-kira empat minit di beberapa negeri di Amerika Syarikat dan Kanada berkenaan tidak akan memberi kesan kepada cerapan anak bulan bagi penentuan 1 Syawal di negara ini.

“Antara syarat utama penentuan hilal (anak bulan) ialah matahari telah terbenam sedangkan sewaktu gerhana penuh itu berlaku waktu masih siang tetapi cuma matahari dilindungi sebentar oleh bulan yang berada pada kedudukan selari dengan bumi.

“Apatah lagi fenomena gerhana matahari penuh tersebut hanya boleh dilihat di benua Amerika Utara sekali gus tiada kena-mengena dengan negara kita yang terletak di garisan Khatulistiwa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan kononnya bumi bakal bergelap selama tiga hari dari Isnin hingga Rabu ini disebabkan fenomena gerhana matahari penuh berkenaan.

Segelintir pihak juga mengemukakan teori kononnya Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Rabu ini bakal disambut awal disebabkan fenomena alam terbabit.

Roslan berkata, fenomena gerhana bulan penuh itu juga mustahil menyebabkan seluruh bumi bergelap selama tiga hari seperti didakwa.

Jelas beliau, dakwaan itu hanya akan menjadi kenyataan sekiranya bumi tidak lagi mengorbit mengelilingi matahari seperti kelaziman.

“Gerhana matahari merupakan fenomena alam biasa yang boleh berlaku antara dua hingga lima kali setahun melibatkan kawasan tertentu.

“Ia hanya berlaku beberapa minit malah Malaysia juga dijangka akan mengalami gerhana matahari penuh pada 12 Ogos 2026,” katanya.

Sehubungan itu, Roslan menasihatkan orang ramai agar mengamal sikap “tabayyun” iaitu selidik atau semak dahulu sebelum sebar seperti dalam seperti dalam surah Surah al-Hujurat: ayat 6. Orang ramai juga jangan mudah terpengaruh dengan dakwaan bukan-bukan tidak sahih sebaliknya mengambil peluang menikmati fenomena alam kurniaan Allah itu dengan ilmu sains. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2024 08:59 PM | Show all posts
diorang ada buat live ke korban red heifer dan haikal ketiga tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia pernah kat sabah kan. bergelap kejap . tahun 1995 . i igt2 lupa peristiwa tu.. tapi 2,3 hari sblm tu i salah faham igtke 1malaysua bergelap
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 5-4-2024 09:21 PM
Malaysia pernah kat sabah kan. bergelap kejap . tahun 1995 . i igt2 lupa peristiwa tu.. tapi 2,3 har ...

Rasanya sabah jahh.. bkn satu mesia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Belibis at 5-4-2024 10:45 PM
kepompong replied at 5-4-2024 09:21 PM
Malaysia pernah kat sabah kan. bergelap kejap . tahun 1995 . i igt2 lupa peristiwa tu.. tapi 2,3 har ...


Ada kes bergelap 3 hari kat semenanjung..kemudian tan sri usman arof kena buang dari tnb.
Ani arof ke usman arof?? Lupa ahhh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cranell replied at 5-4-2024 08:59 PM
diorang ada buat live ke korban red heifer dan haikal ketiga tu?

Dekat mana ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2024 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 2024 pun ada lagi yg percaya cerita gini.
Waktu subjek sains tido kat belakang kelas agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan gerhana badrul muhayat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2024 11:35 PM | Show all posts
mengarut mengarut mengarut
gerhana matahari lah
nibirulah
raya hari selasalah
imam mahadir dibaiah tahun ni lah
red heifer lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 11:35 PM | Show all posts
ninja boy replied at 5-4-2024 11:33 PM
Bulan gerhana badrul muhayat

bulan sudah gerhana manakan pula badrul munir

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam acik Roslan tu bagitau, fenomena gerhana boleh berlaku 2-5 kali dlm setahun.

Aku saspek pembuat teori ini tidak penah berada di bumi selama dia bersekolah dan hidup.
Planet di luar sistem solar barangkali.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas aku semak, info hoaks gerhana ni pun asalnya dari TikTok bahasa inggeris yg bergentayangan di negara Konoha jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 04:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 5-4-2024 11:35 PM
bulan sudah gerhana manakan pula badrul munir

Bulan sudah gerhana tetapi masih menganggap Badrul Muhayat
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya penah bergelap jap masa gerhana matahari tahun 2019@2020 tak ingat dah. Yang aku ingat waktu tu tengah hari rembang, tiba2 jadi mendung nak gelap tu, tapi bayang ada. Macam mana nak describe eh, macam waktu malam dengan cahaya bulan yang terang ha gitu lah. Yang aku perasan burung2 pakat riuh bunyik waktu tu. Mungkin terkejut atau takut kot sebab tengah cerah tetiba jadik gelap suram. Sapa ingat kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn pandang direct matahari dikuatiri buta mata tak nampak jalan didunia kerana tidak nampak cahaya tidak tahu kemana kemana hendak dituju kehilir atau kehulu selamatlah di dunia fana ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 07:50 AM | Show all posts
Edited by noell at 6-4-2024 07:52 AM
Belibis replied at 5-4-2024 10:43 PM
Ada kes bergelap 3 hari kat semenanjung..kemudian tan sri usman arof kena buang dari tnb.
Ani ...

tan sri ani arope

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 08:30 AM | Show all posts
Okay la redup ala-ala maghrib 4 menit. At least fenomena itu bakal berlaku jugaklah.

RIP to teori bumi bergelap 17 hari kerna ribut suria.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 5-4-2024 09:21 PM
Malaysia pernah kat sabah kan. bergelap kejap . tahun 1995 . i igt2 lupa peristiwa tu.. tapi 2,3 har ...

Ingatlah chuols, siap duk depan tv lagi tengok live. Zaman kekanak ribena dulu. Rasa takjub k, tengok hari siang tetiba gelap.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 6-4-2024 05:46 AM
Rasanya penah bergelap jap masa gerhana matahari tahun 2019@2020 tak ingat dah. Yang aku ingat waktu ...

Gerhana 26 disember 2019 sebelum kecoh covid
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.073494 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list