CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8326|Reply: 0

Liverpool harapkan keajaiban ketiga

[Copy link]
Post time 18-4-2024 10:22 AM | Show all posts |Read mode

JOTA (kanan) bakal diberikan kepercayaan berdasarkan rekodnya pernah meledak hatrik ke atas Atalanta sebelum ini. – AFP

LIVERPOOL – Ketinggalan tiga gol secara agregat di pentas Eropah bukanlah satu perkara baharu buat Liverpool yang pernah dua kali bangkit mencipta keajaiban mengubah defisit tersebut dan akhirnya memenangi perlawanan itu.

Disebabkan itu kem The Reds sama sekali belum mengibarkan bendera putih biarpun tewas 0-3 kepada Atalanta pada suku akhir pertama di Anfield minggu lalu menjelang aksi timbal balik di Stadium Gewiss awal pagi esok.

Meskipun bukan tugas mudah, tetapi Liverpool pernah ketinggalan tiga gol dan bangkit mengikat AC Milan 3-3 sebelum menang penentuan sepakan penalti pada final Liga Juara-Juara (UCL) di Istanbul, Turkiye pada 2005.

The Reds juga pernah tewas 0-3 pada separuh akhir pertama UCL kepada Barcelona sebelum meledak empat gol dalam aksi timbal balik untuk menang 4-3 secara agregat ketika edisi 2019.

“Kami sedia lakukan segala-galanya untuk memenangi perlawanan di sana dan selepas itu baru kita lihat apa akan terjadi. Kami tidak akan mudah menyerah walaupun bukan mudah untuk menjaringkan empat gol dalam perlawanan pada ­tahap ini.

“Sekarang adalah detik te­rendah buat pasukan ini, tetapi kami perlu bangkit dan terus memandang ke hadapan. Tiada yang mustahil jika kami dapat bermain dengan baik mengikut perancangan,” kata pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp.

Penyerang Portugal, Diogo Jota dijangka berada dalam ke­sebelasan utama berdasarkan sejarahnya yang pernah meledak hatrik ke atas Atalanta ketika ­Liverpool menang 5-0 sewaktu aksi peringkat kumpulan UCL edisi 2020/21.

Kepulangan Jota selepas pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan, pastinya akan memberikan variasi kepada jentera serangan Liverpool yang sebelum ini dilihat tumpul ketika Darwin Nunez diberikan tanggungjawab mengetuai bahagian itu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... n-keajaiban-ketiga/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.056588 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list