CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6064|Reply: 2

‘Macam Mana Satu Bidang Tanah Boleh Ada 2 Geran Berbeza?’ – Amar Baharin

[Copy link]
Post time 26-4-2024 10:36 PM | Show all posts |Read mode




Di aplikasi X, pelakon Amar Baharin meluahkan rasa kecewa dengan pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor yang masih tidak menyelesaikan isu sebidang tanah milik ibu bapanya di Semenyih, Selangor yang didakwa ada dua geran berbeza.


Menurut Amar, kali terakhir PTG Selangor menghantar surat yang diterima ibu bapanya mengenai isu geran tanah milik mereka yang ada dua nama itu ialah pada 2014. Ujar Amar, sekarang sudah 10 tahun berlalu dan masih tidak diselesaikan.








"Tanah di Semenyih itu memang milik ibu bapa saya walaupun ada dua geran berbeza sebab geran asal dipegang oleh ibu, Norhayati Abd Aziz, 62. Jadi, disebabkan pemilik geran kedua itu sudah membina rumahnya, kami tidak mahulah sampai kena menghalau orang pula."


"Lagipun, saya percaya individu terbabit juga adalah pembayar cukai tanah sebagaimana ibu bapa saya. Jadi, ibu bapa saya buatlah permohonan untuk mendapatkan tanah ganti mengikut yang dijanjikan PTG Selangor, tapi sampai sekarang masih tak ada jawapan.


"ernah juga, ibu saya menghubungi mereka untuk mengetahui perkembangan mengenai status tanah ganti itu, namun jawapan diberikan pegawainya iaitu ‘tiada tanah kosong’ di Selangor. Saya  tertanya-tanya juga, bukankah Selangor ini antara negeri terbesar di Malaysia? Mana perginya tanah yang lain?"


Tambah Amar, jika mereka mahu memberikan jawapan sebagai alasan pun kenalah susun ayat yang sesuai dan bijak. Bukan sekadar jawab saja kerana ia membabitkan hak pembayar cukai dan pemilik hartanah terbabit.


"Malah, saya pun tak sangka dengan perkongsian kisah isu geran tanah itu, rupa-rupanya ramai juga individu dari negeri lain pun ada pengalaman mengalami situasi sama. Jadi, mengapa perkara ini boleh berlaku dan kasihan kepada yang ‘terkena’."


Di akhir posting, suami kepada Amyra Rosli ini memberitahu dia akan berusaha mendapatkan tanah ganti berkenaan sehingga berjaya bagi memastikan ibunya gembira dan tidak lagi asyik bertanya mengenai tanah itu apabila setiap kali dia balik ke kediaman ibu bapanya.


"Ibu saya nak sangat isu tanah ini diselesaikan segera dan dia dapat memiliki apa yang menjadi haknya sebelum menutup mata. Itu yang pernah disuarakan oleh ibu kepada saya. Sebagai anak lelaki, sudah pastilah ini menjadi tanggungjawab saya."


"Ditambah, isu tanah berlaku sejak Allahyarham bapa saya masih hidup dan sehingga arwah meninggal dunia pada tahun lalu, masih tiada apa-apa perkembangan terkini lagi. Dah lebih 10 tahun tak selesai. Kalau saya tidak bersuara, sampai bila nak terus menunggu?"


"Saya juga tidak mahu mencari salah sesiapa. Tapi, cukuplah sekiranya dapat diselesaikan dan ibu saya mendapat tanah ganti miliknya yang setaraf seperti mana kawasan tanah kami itu dan berapa bulan pula akan kena menunggu sampai berjaya mendapatkanya."


Sumber: Aplikasi X/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada pun...ini musti keje org dlm kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Lembappp aih..kan dh ada benang sblm nih..dh ramai berkuntum kat situ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 156748 Replies : 3843
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 3990 Replies : 66
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 18875 Replies : 72
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 303 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3737 Replies : 13
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187788 Replies : 1711
Dakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beberapa Kali Selepas Sudah Merasainya,Pelanggan Luah Serik Bantu Peniaga Kedai Makan Yang Lengang
YgBenarDakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beb
Views : 6160 Replies : 31
Mak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf selepas menonton Siksa Neraka
JoyahMengayahMak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf s
Views : 11743 Replies : 12
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 8552 Replies : 152
COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 43
farhana008COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 43
Views : 4943 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.080321 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list