CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1482|Reply: 3

[Jenayah] Anak MB Perlis, 4 lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM

[Copy link]
Post time 27-4-2024 02:32 AM | Show all posts |Read mode
KANGAR: Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu lalu, dilepaskan dengan jaminan agensi berkenaan, hari ini.

Empat individu lain yang turut direman bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, juga dilepaskan pada hari ini.

Menurut sumber, kesemua suspek terbabit dilepaskan dengan jaminan RM10,000 dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Selasa lalu, SPRM menahan enam individu disyaki terbabit kes itu, ketika hadir untuk dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Perlis, di sini.

Susulan itu, kesemua suspek direman dua hari bermula Rabu lalu dengan seorang daripada mereka dilepaskan, semalam.

Kesemua suspek ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkait pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Peguam mewakili kesemua suspek berkenaan, Mohd Fadhly Yaacob, ketika ditemui di sini pula berkata pihak SPRM bebas untuk memanggil semula anak guamnya untuk melengkapkan siasatan sekiranya ada keperluan.

"Semua yang ditahan telah dilepaskan, semalam seorang dan hari ini lima orang... jadi semua selesai hari ini untuk apa-apa sepanjang tiga hari ini... dilepaskan dengan jaminan SPRM.

"Sekiranya ada keperluan untuk hadir ke pejabat SPRM bagi keterangan, mereka akan hadirlah," katanya. – BERNAMA

FOTO NSTP/MOHD FADLI HAMZAH



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 04:13 AM | Show all posts

Comments

Write sumthin pliss  Post time 27-4-2024 06:17 AM
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:25 PM | Show all posts


Patut lah nak tebok atap sesangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198597 Replies : 4645
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 7271 Replies : 2
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73607 Replies : 319
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9031 Replies : 20
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7560 Replies : 40
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 9472 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 9094 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.057805 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list