CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1119|Reply: 0

[Jenayah] Jatuh dari siling cuba sorok daripada Imigresen

[Copy link]
Post time 28-4-2024 07:23 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: 'Jatuh bagai nangka busuk.' Itu situasi dihadapi lelaki warga Bangladesh selepas terjatuh berikutan bahagian siling bilik sewanya pecah ketika dia cuba menyembunyikan diri dari dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Pendatang asing tanpa izin (Pati) itu antara 63 individu ditahan JIM Kuala Lumpur kerana tiada dokumen sah, bekerja tanpa permit atau menjaja secara haram di kawasan kaki lima sekitar Flat Jalan Abraham, di sini semalam.

Seramai 102 warga asing dan tiga individu tempatan disyaki majikan atau pemilik premis perniagaan diperiksa menerusi Ops Belanja dan Ops Pintu di kawasan 'pekan' yang dibanjiri warga asing terutama dari Bangladesh itu.

Harian Metro yang mengikuti operasi selama kira-kira dua jam mendapati lokasi yang terletak berhampiran kawasan segitiga emas itu menjadi tumpuan buruh asing yang bekerja di pusat-pusat membeli belah dan tapak pembinaan di sekeliling 'pekan' berkenaan.

Selain bekerja, ada juga warga asing yang mengusahakan premis kedai makan, dan kedai runcit bagi memenuhi keperluan serta cita rasa lidah warga asing berkenaan.

Bagaimanapun ketika disoal, tiada satu pun daripada warga asing terbabit mengaku sebagai pemilik perniagaan malah kesemua mereka mendakwa hanya bekerja 'makan gaji' dengan majikan warga tempatan.

"Bukan, saya bukan tauke. Sini kedai Melayu punya, saya bekerja sahaja dapat gaji dalam RM2,000 satu bulan.

"Di sini jual sayur-sayuran kami dapat ambil stok dari Pasar Borong Selayang. Ramai pelanggan daripada kawan-kawan (warga asing)," kata seorang Pati ketika ditemui di lokasi, di sini, semalam.

Tinjauan Harian Metro di beberapa unit rumah di kawasan itu mendapati rata-rata warga asing terbabit dikenakan sewa bermula RM150 seorang atau RM500 bagi sebuah bilik kecil yang didiami antara tiga ke empat orang.

Bagaimanapun tinggal di dalam ruangan partition yang sempit dan keadaan tempat tinggal kotor, dipenuhi sampah dan berbau busuk tidak sedikit pun mengganggu golongan warga asing berkenaan mungkin sudah terbiasa atau terpaksa kerana kesempitan wang.

"Saya ada permit kerja sektor pembinaan tetapi sudah beberapa bulan tiada gaji selepas projek siap. Sekarang sedang menunggu projek baru daripada majikan.

"Ada kawan-kawan terpaksa kerja di sektor lain daripada permit kerana terpaksa untuk mencari wang selepas beberapa tiada kerja," dakwa Aminur, salah seorang Pati warga Bangladesh yang ditemui.

Flat tua itu seolah-olah kebal kerana masih teguh berdiri dan bernyawa dengan lambakan warga asing di situ walaupun sudah beberapa kali digempur pihak berkuasa berikutan aduan daripada orang ramai.

Sementara itu, Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, kawasan itu memang dibanjiri warga asing namun bukan semua daripada mereka adalah Pati malah ramai ahli komuniti di situ memiliki dokumen perjalanam yang sah.

Katanya, serbuan bermula 6 petang itu dijalankan susulan risikan pihaknya selama dua bulan dan menahan 63 Pati kebanyakannya atas kesalahan salah guna pas.

"Tumpuan kita lebih kepada peniaga di tepi jalan dan warga asing yang bekerja secara tidak sah. Sebanyak 63 Pati ditahan kesemuanya lelaki terdiri daripada 51 warga Bangladesh, Myanmar (sembilan), dan Indonesia (tiga).

"Pemeriksaan mendapati majoriti warga asing mempunyai permik kerja pembinaan namun ada antara mereka tiada kerja mungkin kontrak tamat atau ditinggalkan majikan," katanya.

WARGA Bangladesh yang menyorok di siling terjatuh selepas siling di bilik sewanya pecah. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92853 Replies : 167
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199562 Replies : 4684
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6335 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30415 Replies : 223
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9167 Replies : 21
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4266 Replies : 5
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11738 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.223602 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list