CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12087|Reply: 4

Rusdi Ramli Tidak Selesa Kongsi Hal Peribadi, Lebih Banyak Beri Kemudaratan – ‘Kerja-Kerja Pelakon Sahaja Hak Masyarakat’

[Copy link]
Post time 29-4-2024 10:57 PM | Show all posts |Read mode




Pelakon Rusdi Ramli akui tidak selesa untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi dan rumah tangganya kepada orang ramai.


Menurutnya, meskipun ada yang beranggapan selebriti adalah milik masyarakat, namun dia berpendapat hal peribadi masih hak miliknya.


"Kalau dulu, kita ditanam artis ini hak masyarakat. Saya sejak mula berkecimpung tak pernah percaya atau pegang bahawa benda itu adalah benda yang saya kena terima."


"ada saya, kerja-kerja pelakon atau artis itu saja yang jadi hak masyarakat. Tetapi, hal peribadi tetap hak privasi dia. Tak adil sebab dia pun manusia, kan."


"Katakanlah, seorang artikek, apabila bangunan yang dibina itu runtuh, tak ada orang bertanya siapa isteri dia. Jadi, kenapa tak buat kami begitu juga?"


"Jadi, kalau hasil kerja kami buruk, hentamlah. Tapi, kalau hal peribadi, biarlah kami punya. Kalau tidak, tak ada apalah yang kami punya. Dari penjelasan itu, biarlah saya simpan hal peribadi saya dan saya berterima kasih sangat kalau benda itu difahami."


Sementara itu, Rusdi merasakan keterbukaan dalam berkongsi mengenai kehidupan peribadi boleh mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak.


Bagaimanapun, Rusdi menghormati pilihan dan keputusan individu yang selesa bercerita mengenai kehidupan peribadi dan rumah tangga mereka.


"Itu hak masing-masing. Sesetengah orang tak kisah. Kadang-kadang mungkin mereka suka cerita mereka keluar setiap hari. Kalau tidak, tak ada cerita. Pada saya, lebih baik saya diam daripada saya bercerita yang tak ada."


"Hari ini (Jumaat), saya datang sebab drama ini. Kalau tidak, saya tak ada. Jadi, adalah sebab saya ada di khalayak sebegini, sebab kerja."


"Kalau acara yang saya tak terbabit, saya takkan pergi. Tak diundang kan. Berapa banyak festival filem yang saya tak dijemput dan saya tak ada di festival filem itu."


Rusdi ditemui semasa di majlis tayangan perdana dan sidang media drama premium terbaharu Astro Originals yang berjudul FRAMED di DADI Cinema, Pavillion Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Selain Rusdi, drama ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Mimi Lana, Meerqeen, Vanida Imran, Khir Rahman, Nam Ron, Zamarul Hisham, Sangeeta Krishnasamy, Riz Amin dan ramai lagi.


Sumber : OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2024 09:08 AM | Show all posts
so.....abam rusdi dah ada keja la kan....takde la jdi biawak kak sharon paul... hehehe.. kekadang kena buat keja lain jugak bang... sian bini tanggung semua nak harapkan kau keja berlakonnnn je... tu kalau kak sharon tak share hal peribadi mesti orang ingat abam ni malaikat... tibehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 09:26 AM | Show all posts
knp dressup mcm mahayam......
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 30-4-2024 09:08 AM
so.....abam rusdi dah ada keja la kan....takde la jdi biawak kak sharon paul... hehehe.. kekadang ke ...

Mmg itula jantan2 ni nak org anggap dorang bagus je
Tu pasal bila ada retis2 ngaku kat wartawan gitu gini dorang bengkek
Dah tu sampai bila nak biar bini pendam & coverina laki tu lama2 makin lemak laa dia

Tgk tok red tu bini2 minta cerai baru la gelabah nk mencari keje bagai
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2024 10:04 AM | Show all posts
artis sama mcm ahli politik mmg jd hak milik masyarakat sbb masyarakat tu la yg bg korg job
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.058161 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list