CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4460|Reply: 0

[Kelantan] Mudir didakwa liwat 3 pelajar

[Copy link]
Post time 30-4-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode

Muzaidi Mohamad didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas lima pertuduhan meliwat kanak-kanak dan remaja di Bachok dan Machang. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Seorang pengasas dan mudir di rumah anak yatim serta tahfiz didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas lima pertuduhan meliwat tiga pelajar lelakinya di Bachok dan Machang sejak April 2021 hingga bulan ini.

Tertuduh, Muzaidi Mohamad, 30, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga kelima, tertuduh didakwa melakukan liwat terhadap tiga kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 15 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di bilik mudir di sebuah rumah anak yatim di Bachok dan di sebuah bilik tidur di sebuah Maahad Tahfiz di Machang sekitar jam 10 pagi hingga 10 malam pada April 2021 sehingga April 2024.


Daripada jumlah pertuduhan, empat pertuduhan membabitkan dua mangsa yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Azrul Hasyimi Mohammad.

Terdahulu, Ahmad Faiz memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana terdapat kebarangkalian saksi pendakwaan diganggu oleh tertuduh.

Mohd Azrul Hasyimi pula memohon jaminan paling rendah dikenakan memandangkan tertuduh adalah penanggung tunggal keluarga dan mempunyai isteri serta anak yang masih kecil.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan serta perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 29 Mei sebagai tarikh serahan dokumen.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kwa-liwat-3-pelajar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.073811 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list