CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7394|Reply: 0

[Kelantan] Pemilik stesen ditahan bersekongkol dengan penyeludup

[Copy link]
Post time 1-5-2024 07:39 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik stesen ditahan bersekongkol dengan penyeludup

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN

01 Mei 2024 06:17pm








Seorang pengusaha stesen minyak berusia 30an ditahan oleh penguat kuasa KPDN Kelantan dalam serbuan di Jalan Besar di Tumpat pada Rabu.




TUMPAT - Seorang pengusaha stesen minyak berusia 30an ditahan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan dalam serbuan di Jalan Besar di sini pada Rabu.

Dalam serbuan jam 7 pagi itu, pekerja stesen minyak yang juga berusia 30an turut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.



Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pada masa sama pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 30 dan 40an serta merampas 1,725 liter minyak petrol yang berada di dalam tong-tong jerikin.

"Kesemua bahan mentah itu ditemukan di bahagian penumpang hadapan dan belakang serta di dalam bonet dua buah kereta jenis Proton Wira Aeroback," katanya pada Rabu.


Kesemua bahan mentah itu ditemukan di bahagian penumpang hadapan dan belakang serta di dalam bonet dua buah kereta jenis Proton Wira Aeroback






Menurut beliau, serbuan itu dilakukan hasil maklumat risikan berkait aktiviti berkenaan yang diperoleh KPDN Kelantan.

Ujarnya, semasa ditahan kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen dan rekod berkaitan pemilikan barang kawalan.

Azman memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan muatan bahan api itu akan dibawa ke sempadan untuk diselewengkan.




"Nilai rampasan minyak petrol yang disita dianggarkan berjumlah RM3,536.26. KPDN Kelantan sentiasa mempertingkatkan tugasan penguatkuasaan serta Ops Tiris dan Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan di negeri ini dari masa ke semasa.

"Tindakan tegas diambil bagi membendung kegiatan aktiviti tidak bermoral ini supaya pengguna dapat menikmati sepenuhnya subsidi kerajaan, seterusnya suspek akan dikenakan denda yang tinggi serta dipertuduhkan di mahkamah selanjutnya," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.054915 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list