CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8253|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki lebih cenderung pendek umur? - Pakar

[Copy link]
Post time 4-5-2024 11:19 AM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

KOTA BHARU: Kaum lelaki didapati jarang menjaga kesihatan dan tidak mengesan penyakit pada peringkat awal menyebabkan jangka hayat mereka lebih pendek dan kadar kematian juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita.

Pakar Perubatan Keluarga, Unit Klinikal Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Wan Mohd Nazlee Wan Zainon, berkata kebanyakan mereka hanya datang ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan yang teruk seperti sakit jantung ataupun strok.

Katanya, kaum lelaki didapati jarang mengambil berat mengenai penjagaan kesihatan dan sering mengambil mudah tahap kesihatan mereka.

"Mereka juga didapati lebih ramai mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, menghisap vape, minum arak serta sering terbabit dengan aktiviti yang berbahaya seperti lumba haram dan sebagainya.


"Hal ini menyumbang kepada peningkatan jumlah pesakit dan kematian dalam kalangan kaum lelaki," katanya.

Beliau berkata, lelaki kebiasaannya dianggap maskulin serta tahan lasak dan kesihatan yang sering dihidapi oleh golongan itu adalah mati pucuk, masalah kesuburan, kesihatan mental serta gaya hidup tidak sihat seperti merokok.

"Disfungsi ereksi atau mati pucuk adalah salah satu masalah yang dialami oleh lelaki daripada pelbagai peringkat usia," katanya.

Dr Wan berkata, penyebab utama masalah mati pucuk adalah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.

"Penyakit kardiovaskular ini menyebabkan terjadinya penyumbatan saluran darah ke zakar (arterosclerosis) yang akhirnya menyukarkan ereksi terjadi. Statistik di Malaysia menunjukkan 80.4 peratus mati pucuk berlaku dalam kalangan pesakit kencing manis dan sakit jantung, manakala 80 peratus pesakit terdiri pesakit darah tinggi.

"Kajian terbaharu menunjukkan mereka yang mengalami penyakit jantung dalam tempoh dua hingga tiga tahun sekiranya tidak dirawat, puncanya akan menyebabkan mati pucuk," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Wan berkata, adalah penting untuk difahami ketidaksuburan boleh disebabkan oleh faktor yang berkaitan dengan kedua-dua pihak iaitu lelaki dan wanita.

"Faktor lelaki menyumbang kepada kira-kira separuh daripada semua kes infertiliti bermula daripada masalah penghasilan, kualiti atau pergerakan sperma yang membuatkan pasangan sukar untuk hamil.

"Beberapa pilihan gaya hidup boleh memberi kesan kepada kesuburan lelaki seperti merokok, pengambilan alkohol berlebihan,penyalahgunaan dadah, obesiti dan pendedahan kepada toksin alam sekitar boleh mempengaruhi kesihatan sperma," katanya.

Beliau berkata, pada masa sama, menghisap rokok atau vape boleh memberi kesan serius kepada kesihatan seksual lelaki.

"Merokok merosakkan saluran darah dan mengurangkan aliran darah di seluruh badan termasuk zakar, hal ini menyebabkan masalah prestasi seksual.

"Bahan kimia dalam rokok dan cecair vape boleh mengganggu pengeluaran hormon dan aktiviti 'neurotransmitter' dalam otak yang boleh mengurangkan keinginan dan rangsangan seksual," katanya menyarankan kaum lelaki untuk membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali dan hapuskan stigma lelaki lemah jika meminta atau mendapatkan bantuan.
https://www.bharian.com.my/berit ... g-pendek-umur-pakar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.050542 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list