CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24160|Reply: 12

[Tempatan] Sanusi mohon maaf

  [Copy link]
Post time 5-5-2024 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat negeri di Darul Aman Park, hari ini. - Foto BERNAMA

JITRA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).

Muhammad Sanusi berkata, beliau adalah manusia biasa yang tidak maksum dan permohonan maaf itu dibuat bagi pihak dirinya dan kerajaan negeri selama berkhidmat sebagai Menteri Besar dan atas kapasiti politik.

Beliau menyifatkan, sebagai insan yang lemah, keterlanjuran dan kesilapan pastinya ada dalam diri masing-masing.


"Sebagai individu, pastinya ada perbezaan sikap dan watak pada diri masing-masing. Inilah yang membezakan antara satu dengan yang lain.

"Apabila ditakdirkan kita diangkat menjadi pemimpin, perbezaan sikap dan watak itu haruslah ditangani dengan nilai yang adil dan saksama," katanya.
Beliau berucap sedemikian sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Tasik Darulaman Jitra,di sini, pada Sabtu.

Hadir sama,Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Beliau menambah, pendekatan dalam menangani perbezaan ini haruslah berdasarkan topi yang dipakai, medan berbeza dan tanggungjawab yang sedang dilaksanakan.
- Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak minta maaf pada orang Selangor, MB Selangor dan Sultan Selangor wahai Sanushit?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka tak malu kata org tu mcm2 pastu minta maaf kata kontek medan lain.  Puiii ini tolong klau mcm melepaskan anjing tersepit.  Kalau dia stay jadi MB mmg la org kedah pun pajak otak dah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Panglima utara. Kebanggaan warga utara.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak minta maaf tp ayat kemain kona baring, nmpak sgt x ikhlas ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 08:41 AM | Show all posts
nuwat kencing rakyat malaysia minyak turun tak mintak maaf pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2024 09:30 AM | Show all posts
Maaf mu diterima
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 11:16 AM | Show all posts

Keluarkan ucapan kurang sesuai, MB Kedah mohon maaf di hadapan PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat negeri di Darul Aman Park, hari ini. - Foto BERNAMA





JITRA: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor malam ini mengambil kesempatan memohon maaf di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri Kabinet pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah.

Muhammad Sanusi berkata, permohonan maaf itu adalah bagi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks 'hablumminannas' selama beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah dan atas kapasiti politik.

"Sebagai insan yang lemah, keterlanjuran dan kesilapan pastinya ada dalam diri kita masing-masing.

"Semoga pertemuan dalam bulan Syawal yang mulia ini akan menjadi asbab untuk kita mulakan lembaran baharu serta sama-sama melangkah dengan hati yang bersih, ikhlas dan bertanggungjawab," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau juga berkata kepentingan rakyat harus mengatasi keghairahan untuk mengekalkan kuasa politik dan segala perkara yang bersifat politik sepatutnya hanya dibawa ke medan politik.

Muhammad Sanusi juga berharap Kerajaan Persekutuan sentiasa memberikan perhatian dan tidak meminggirkan Kedah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang telah memberikan perhatian kepada projek-projek pembangunan terutama di kawasan luar bandar Kedah.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri Kabinet serta kira-kira 15,000 orang. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 11:24 AM | Show all posts
lahabau bergumbira bila headline tulis mcm tu. korang nak dengar sanusi mohon maaf ke apa dengar ceramah dia kat KKB esok.  bodow berlagu punya lahabau waliwat semuanya..  
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 11:34 AM | Show all posts

Sanusi mohon maaf keterlanjuran kata sepanjang berkhidmat

Muhammad Sanusi ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Darulaman Park, Jitra, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN





JITRA – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memohon maaf bagi pihak dirinya serta kerajaan negeri sekiranya pernah membuat ucapan kurang sesuai sepanjang memimpin negeri ini.

Permohonan maaf itu dibuat di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa menteri Kabinet di Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Darulaman Park, di sini hari ini.

Beliau dalam pada itu turut menyatakan harapan agar pertemuan mereka dalam bulan Syawal dapat membuka lembaran baharu dengan hati bersih, ikhlas dan bertanggungjawab bagi membela nasib rakyat.

“Setinggi-tinggi penghargaan ingin saya rakamkan kepada Perdana Menteri dan ahli jemaah menteri atas kesudian melapangkan masa ke Kedah dan berkongsi pandangan atas usaha pembangunan yang dirancang di negeri ini.

“Sesungguhnya perhatian dan sokongan seperti ini amat kami dambakan untuk sama-sama melangkah mendepani cabaran ekonomi dan sosial yang semakin getir.

“Di kesempatan ini sebagai manusia biasa yang tidak maksum, saya mohon ampun dan maaf sekiranya selama berkhidmat saya ada melakukan ucapan kurang sesuai dalam konteks ‘hablumminannas’ (hubungan sesama manusia),” ujarnya.

Mengulas lanjut katanya, kepentingan rakyat harus mengatasi keghairahan untuk mengekalkan kuasa politik dengan segala yang bersifat politik, sepatutnya hanya berkisar dalam medan itu saja.

“Ini akan memastikan kita sebagai ahli politik yang diangkat menjadi pemimpin, sentiasa berwaspada serta berhati-hati dalam semua situasi termasuk ketika menyuarakan pandangan dan permintaan bagi memastikan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan.

“Justeru kami di pihak pentadbiran negeri sentiasa mengharapkan supaya negeri ini akan sentiasa diberi perhatian dan tidak dipinggirkan,” katanya.

Tambahnya, beliau bukan berniat mahu memberi kuliah politik kerana semua yang hadir pada majlis tersebut dianggap sebagai ‘abang’ yang jauh lebih berpengalaman dalam dunia politik. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 5-5-2024 11:24 AM
lahabau bergumbira bila headline tulis mcm tu. korang nak dengar sanusi mohon maaf ke apa dengar cer ...

Betullah walaun otak beku duduk dlm gua. Dia dab openly minta maaf lah. Kalau esok kat kkb dia buat merapu lagi mmg lah musibat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 5-5-2024 11:36 AM
Betullah walaun otak beku duduk dlm gua. Dia dab openly minta maaf lah. Kalau esok kat kkb dia bua ...

Having pmx jenis pemaaf....takda hal ler walau panglima SAWANusi berulang kali memusibatulkhen diri pada musuh2 politiknya termasuk pmx....sedangkan kita sendiri dgn Tuhan...berapa ratus kali mintak pengampunan..buat lagi..buat lagi....khen?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196999 Replies : 4559
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.068338 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list