CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1456|Reply: 0

[Dunia] Lebih 100 lokasi di Vietnam catat suhu panas melampau

  [Copy link]
Post time 5-5-2024 11:25 AM | Show all posts |Read mode


HANOI: Lebih 100 rekod baharu suhu dicatatkan di seluruh Vietnam sepanjang April lalu, ketika gelombang panas ekstrem melanda di Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Data yang dikeluarkan oleh Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Kebangsaan menyaksikan suhu memuncak pada 44 darjah Celcius di dua bandar, awal minggu ini.

Suhu itu hampir bersamaan suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Vietnam iaitu 44.2 darjah Celcius, 7 Mei, tahun lalu.

Tujuh stesen merekodkan suhu melebihi 43 darjah Celcius pada Selasa lalu.

Secara keseluruhannya, 102 stesen cuaca mencatat rekod tertinggi pada April, ketika utara dan tengah Vietnam menanggung beban akibat gelombang haba, dengan suhu purata dua hingga empat darjah Celcius lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu.

Suhu panas melampau memberi kesan kepada ratusan ribu ikan yang mati dalam sebuah kolam tadahan air di wilayah selatan Dong Nai, Vietnam.

Lebih menyedihkan apabila penduduk tempatan menaiki bot melalui kolam tadahn air Song May seluasa 300 hektar, dengan air hampir tidak keilihatan akibat dipenuhi bangkai ikan.

Menurut pakar, kesan El Nino menjadikan cuaca panas tahun ini lebih melampau berbanding sebelumnya.

Agensi cuaca Vietnam meramalkan cuaca akan lebih panas pada Mei dengan suhu dijangka 1.5 hingga 2.5 darjah Celcius lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. -AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.053407 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list