CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3009|Reply: 14

[Tempatan] Saya peluk juruterbang yang tergantung hingga bomba tiba – Saksi

[Copy link]
Post time 5-5-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Pesawat yang terhempas di Felda Gunung Besout 2 Tambahan di Sungkai, Tanjung Malim, hari ini (kiri) dan Abdullah (kanan).





TANJUNG MALIM – “Keadaan juruterbang itu tergantung dan kakinya tersepit di kerusi. Jadi saya bantu peluk mangsa hingga bomba tiba,” ujar Abdullah Abdul Talib, 36.

Abdullah adalah individu terlibat menjumpai pesawat ringan jenis Cessna 172N Skyhawk yang terhempas di kawasan ladang dalam Hutan Simpan Gunung Besout, Sungkai, di sini hari ini.

Menceritakan kejadian tersebut, penyelia ladang itu berkata, dia terkejut apabila melihat seorang wanita berdiri di tepi pesawat dengan kesan kecederaan di muka.

Katanya, wanita itu menjerit meminta tolong sambil memberitahu terdapat seorang lagi mangsa tersepit di dalam pesawat.

“Ketika kejadian, saya mahu keluar dari kawasan ladang tapi pelik apabila lihat banyak pokok patah dan tumbang. Jadi saya turun dari kenderaan dan cuba periksa.

“Ketika itu saya lihat banyak serpihan berwarna putih dan biru berselerakan sebelum ternampak sebuah pesawat dalam keadaan terjunam dan berada di celah-celah pokok,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Menurutnya, dia segera mencari jalan terdekat untuk ke lokasi bangkai pesawat itu sebelum menjumpai kedua-dua mangsa dengan seorang daripada mereka tersepit.

Katanya ketika kejadian, hanya dia sahaja berada di lokasi terbabit dan segera menghubungi pihak polis serta ambulans untuk bantuan.

“Ketika lihat pokok tumbang, saya tidak sangka langsung ia disebabkan pesawat terhempas. Lagipun, saya tidak dengar bunyi letupan atau ada pesawat yang lalu di kawasan ini.

“Ini merupakan kejadian pertama sepanjang sembilan tahun bekerja di ladang. Apa pun, saya bersyukur kerana dapat membantu mangsa dan mereka selamat,” katanya.

Dalam nahas sekitar pukul 9.35 pagi itu, kedua-dua mangsa iaitu juruterbang, Kapten Shahrul Imran Surea, 26, mengalami patah kaki kanan manakala pelatih juruterbang, Le Ho Jia, 20, pula cedera di muka.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dari Akademi Penerbangan Layang-Layang itu sedang menjalani latihan penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) ke Tanjung Karang, Selangor dan berpatah balik ke Ipoh. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjang umur mereka.
Terima kasih kepada Abdullah dan mereka yg menolong.


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk video tempat nahas tu
Cantik pulak tgk suasana pagi dgn cahaya dr celah2 daun
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 5-5-2024 01:33 PM
Tgk video tempat nahas tu
Cantik pulak tgk suasana pagi dgn cahaya dr celah2 daun

Jgn pulak maip jual nnti org buat perumahan. Harap ladang ni berkekalan lamanya biar ada oksigen sikit. Tgk ada image satelit semalam, bnyk teres coklat dh. Xpasti digondol ke apa. Klu penanaman semula xpela.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kudos utk incik Abdullah bin Abdul Talib... semoga semuanya selamat ...nk pesan hati2, rsnya semua org sentiasa sehabis baik berhati2 ( kecuali org gila ada otak tp singkat akal). .maka pesan den, sentiasalah bertawakal setelah dah berusaha utk berhati2...bak pesanan org2 tua yg tajam mindanya..  malang tak berbau ....kalau berbau blh juga kita simbah dgn febreez... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 02:10 PM | Show all posts
sambaldurian replied at 5-5-2024 05:43 AM
Jgn pulak maip jual nnti org buat perumahan. Harap ladang ni berkekalan lamanya biar ada oksigen s ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2024 02:11 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-5-2024 05:10 AM
Panjang umur mereka.
Terima kasih kepada Abdullah dan mereka yg menolong.

kalau kes macam ni pilot tu hilang kerja & fully banned ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 5-5-2024 01:33 PM
Tgk video tempat nahas tu
Cantik pulak tgk suasana pagi dgn cahaya dr celah2 daun

Ha ah, siap berkabus kabus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mirip muka arwah ahmad busu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 04:33 PM | Show all posts
Mudanya juruterbang dah jadi instructor. Eh... instructor la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 05:03 PM | Show all posts
Pokok di hutan ni nampak cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap dua2 mangsa tu bg la sikit token kt Abdullah tu..ikhlas betul nk tolong smpi siap tlg tampung mangsa sementara tunggu rescue..semoga si Abdullah ni dpt rezeki melimpah ruah sbb kebaikan hatinya.amin
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
syukur abang ni ada kat situ kan
kalau tak mungkin lambat lagi pasukan penyelamat nak dtg
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M replied at 5-5-2024 05:09 PM
Harap dua2 mangsa tu bg la sikit token kt Abdullah tu..ikhlas betul nk tolong smpi siap tlg tampung  ...

Tu la, berani..kalau aku, dok jauh, takut meletup ke ape ke. Xmemasal ????
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 10:41 PM | Show all posts
Syukur masih ada pokok2 yg tolong kurangkan impact of the crash...imagine pokok2 tu takde setelah clear ditebang, jgn harap 2 anak muda ni masih hidup

Dan syukur juga ada pekerja ladang yg tergerak hati check tempat kejadian

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.141985 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list