CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4922|Reply: 39

Muaz Zabir berang, nama kembali dipetik Aliff Aziz

  [Copy link]
Post time 5-5-2024 12:09 PM | Show all posts |Read mode




PUTRAJAYA – Pelakon Muaz Zabir kesal apabila penyanyi Aliff Aziz masih ‘memetik’ namanya berhubung isu curang dengan Bella Astillah yang dikongsi dalam sebuah temu bual podcast baru-baru ini.

Dedah Muaz, dia sudah berhubung dengan Aliff dan berulang kali memohon maaf selain menganggap penyanyi itu bukan seorang lelaki sejati apabila terus mengungkit isu tersebut berulang kali.

“Takkan selama ini saya bercakap (berhubung dalam WhatsApp) dengan hantu? Kami memang berhubung dan saya boleh tunjuk dia maki hamun saya selama kami mencapai kesefahaman.

“Bagi saya, isu ini sepatutnya sudah lama selesai. Kenapa dia masih tidak puas hati dan tak perlulah nak tularkan dalam media sosial. Dia sangat tak ‘gentleman’.

“Dia minta saya jangan kecohkan perkara ini selain sudah membuat perjanjian awal supaya hal ini tidak didedahkan kepada orang lain, tapi lain pula berlaku.

“Saya sudah minta maaf padanya November tahun lalu dan itu ini tidak sepatutnya diungkit lagi,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama peminat sempena Karnival Jom Heboh di sini, hari ini.

Tambah Muaz, Aliff dilihat seperti mempunyai niat tidak baik terhadapnya dan Bella berdasarkan mesej perbualan WhatsApp antara Aliff dan individu dikenali NRF seperti yang ditularkan oleh pelakon Didi Astillah.

“Kalau dia nak buat laporan polis atau membawa kes ini ke mahkamah mengenai isu saya dan Bella, saya juga ada bukti kami sudah selesaikan perkara ini dengan cara baik.

“Terbaharu menerusi pendedahan Didi kita semua melihat perbualan dia dan NRF mengenai sudah tiada peluru untuk menyelamatkan diri.

“Mereka ada peringkat untuk jatuhkan kami, Sudah-sudahlah saya dah minta maaf. Saya pun dah tarik diri daripada kemelut ini. Apa lagi yang dia tak puas hati,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon drama Kuih Muah Aliff supaya berhenti memburukkan dan mengheret lagi namanya dalam kemelut yang meledak ketika ini.

“Saya tiada hak untuk cakap apa-apa kepadanya tapi harap dia dapat fikir sendiri kerana dia lebih matang.

“Saya doakan yang terbaik untuk dia dan apa jua tindakan yang dibuat saya harap benda itu membawa kebaikan kepadanya.

“Namun jika tindakan anda (Aliff) tiada kebaikan kepada diri sendiri, janganlah pula bawa keburukan kepada orang lain. Saya rasa ini tidak patut,” ujarnya.

Terdahulu Aliff menerusi temu bual podcast yang bersiaran dalam YouTube menceritakan kembali hubungan yang terjalin antara Bella dan Muaz sekitar Oktober tahun lalu.

Malah Aliff mempersoalkan tindakan Muaz yang didakwa mengganggu isterinya. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahai langau2 sekalian...sila matikan diri....den rs thp tapir dah ni tgk muka2 dan isu2 cilaka korang...dasar seko2 muka tak tahu malu...diri dah xde maruah/rasa malu ke?????harrrkkkkkktuiihhhhhhhhhhh dasar kinabatangan.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ko pun main dgn api
rmai lg ank2 dara
ni bini org ..walau lakinya playboya tersohor
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2 lah kisah manusia2 toksik ni. Penuh muka diorang je. Semak betul.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Diaorang kan dah tersepit...terpaksa lah ulang balik citer Bella Muaz...kemain Alip maki hamun ..tak sedar diri betul adik ipar pun dia nak ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 02:04 PM | Show all posts
kalau takut dilambung ombak....
jgn berumah ditepi pantai......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2024 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
eh muazzzz ko pun sama je
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan la muka ko. Sontot bini org, what do u expect?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua yg terlibat dlm drama ni nak menegakkan benang yg basah.. semakk
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Goooo Muaaazzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti la dia ulang nama ko. Sedangkan Normiang dah berpuluh tahun anak dah kawin lari pun netizen ulang cerita angkut toto
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan murahan berskandal dengan bini orang. Eeeuww jijiks.

Mementang la orang tengah menyampah dengan alep sibuk je dia menangguk di air yg keruh.

Baca komen kat astro gempak kau pn sama dimaki hamun netijen sebab berskandal dengan bini orang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni sekor jenis x sedar diri...org tu tak debik ko masuk icu dah sujud sukur dek...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kau pun Mmg salah. Mmg lah orang akan sentiasa upkan salah kau,
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagi. Jumpa dan bertumbuk la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tidak_kelihatan replied at 5-5-2024 02:30 PM
Padan la muka ko. Sontot bini org, what do u expect?

Hahahahhaa bagi dia sedas dua. Dia ingat dia selamat dan boleh jadi penyondal yang dimaafi sbb yg disondol itu adalah penyondol yang diredai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ninajaybee replied at 5-5-2024 07:21 PM
Hahahahhaa bagi dia sedas dua. Dia ingat dia selamat dan boleh jadi penyondal yang dimaafi sbb yg  ...

Penyondol lelaki kita panggil PENJOLOK la ok dak hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh kembar alip sukri.
Dah buat salah tu tetap salah.
Walaupun ada yg sokong.
Tak malu betul.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa sedap tak ingat pulak Bini org
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2024 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tidak_kelihatan replied at 5-5-2024 06:35 PM
Penyondol lelaki kita panggil PENJOLOK la ok dak hahahah

Penyodok pon boleh gak,kan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 1.230598 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list