CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2153|Reply: 1

Masalah rumah tangga jadi ‘jerat’ simpati, cinta Aliff, Ruhainies

  [Copy link]
Post time 5-5-2024 12:11 PM | Show all posts |Read mode
ALIFF mengakui menyesali perbuatannya berkongsi masalah rumah tangga dengan Ruhainies sehingga membawa hubungan mereka pergi lebih jauh.





PETALING JAYA – Hanya kerana membuka ruang dan terbuka berkongsi masalah peribadi, perbuatan tersebut disifatkan Aliff sebagai punca keintiman hubungannya dengan pelakon Ruhainies.

Aliff, 33, bagaimanapun meletakkan kesalahan tersebut pada dirinya selain menganggap kemelutnya dengan isteri iaitu Bella Astillah juga sebab membuka ruang ‘menjemput’ orang lain mendengar masalah peribadinya.

“Saya rasa perkara ini terjadi sebab saya tak dapat nak berkomunikasi dengan Bella dengan baik dan pasti akan jadi pergaduhan.

“Jadi, saya mendiamkan diri tanpa mengetahui tindakan itu hanya akan membuatkan lebih banyak masalah datang. Jadi saya mengalihkan perhatian saya dengan kerja.

“Tapi dalam tempoh beberapa minggu semasa penggambaran,prestasi saya semakin kurang baik dan ramai yang di set penggambaran sudah mula perasan perkara itu. Ruhainies pun ada bertanya adakah saya mempunyai masalah,” katanya.

Ujarnya, perhubungan mereka semakin rapat selepas dia berkongsi dengan Ruhainies tentang masalah peribadinya, khususnya perihal rumah tangga.

Mengakui menyesal, bapa dua anak itu juga menegaskan kekerapan meluah segala masalah rumah tangga bukan sekadar membuatkan Ruhainies jatuh simpati namun membawa hubungan ke fasa lebih istimewa.

“Pada awalnya, saya memang tak campur urusan peribadi dengan kerja tetapi lama-kelamaan hubungan saya dengan dia semakin rapat.

“Saya mula luah perasaan dan sampai sekarang saya rasa itu satu keputusan yang amat saya kesali.

“Ketika perkahwinan bermasalah dan ada perasaan yang bercampur baur, saya akhirnya jatuh dalam masalah itu. Saya mula meluah sehingga Ruhainies rasa simpati.

“Namun niat saya bukan untuk raih simpati sebaliknya sekadar berkongsi. Malangnya tindakan itu telah membuka pintu untuk mengenali satu sama lain dengan lebih rapat,” ujarnya.

Dia bagaimanapun melihat keterbukaan berkongsi masalah sehingga tercipta hubungan dengan Ruhainies adalah satu kesalahan yang akhirnya memakan diri. Jika dapat diputarkan waktu, Aliff tidak akan mencipta suasana yang tidak sepatutnya berlaku itu

“Saya bertanggungjawab penuh tentang itu. Jika saya dapat putar masa, saya tak akan luah perasaan saya.

“Kepada Ruhainies dan keluarganya, terima kasih tetapi saya minta maaf sebab mengheret anda semua ke dalam masalah ini yang saya sendiri mulakan.

“Terima kasih atas semua nasihat dan harap mereka semua dapat memaafkan saya,” katanya lagi.

Pada 8 Mac lalu, nama Aliff dan Ruhainies meledak apabila ditangkap khalwat di sebuah kondominium di ibu negara.

Perkara itu turut membawa rumah tangga Aliff dan Bella ke muka pengadilan apabila isterinya nekad memfailkan cerai pada 11 Mac lalu namun pada 4 April lalu, penyanyi itu enggan bercerai atas alasan masih menyayangi keluarganya.

Kemudian, industri hiburan dikejutkan lagi dengan kemunculan wanita mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine.

Dia turut mengejutkan ramai dengan memuat naik puluhan tangkap layar perbualan WhatsApp wanita bernama NRF iaitu Ruhainies dengan Aliff yang membincangkan pelbagai perkara termasuk kes khalwat mereka dan komplot menjatuhkan Bella. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2024 07:06 PM | Show all posts
sah bangang dia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.096722 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list