View: 3495|Reply: 11
|
Erma Fatima mohon maaf pada warga Singapura
[Copy link]
|
|
Erma Fatima
Kuala Lumpur : Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima membuat permohonan maaf kepada warga Singapura berhubung kenyataannya terhadap kekasih gelap pelakon, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine yang didakwa terdapat unsur cuba melaga-lagakan masyarakat kedua-dua negara.
Kata Erma atau nama sebenar, Fatimah Rahmad Ali, 56, dia tetap dengan pendirian tindakan Sarah Yasmine adalah salah kerana mendedahkan aib golongan artis dan menjatuhkan maruah kaum wanita.
"Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Saya terima kalau ada yang tidak puas hati dengan kenyataan saya.
"Saya minta maaf kalau ia mengguris hati orang Singapura tapi saya tetap dengan pendirian perbuatan perempuan itu (Sarah Yasmine) menjatuhkan maruah orang seni dan maruah perempuan," katanya.
Erma berkongsi permohonan maafnya itu yang dibacakan pengacara Roslan Shah menerusi video siaran langsung di Instagram (IG) miliknya, semalam.
"Salam Lan, Erma minta maaf sebab peguam saya tak benarkan buat apa-apa kenyataan tentang isu ini.
"Yang pasti saya tidak bermusuh dengan warga Singapura, saya tidak suka dengan cara perempuan itu mengaibkan orang yang tiada kena mengena dalam kes Aliff.
"Tiada sebab saya nak bermusuh dengan orang Singapura, saya bawa masuk Aaron Aziz dan Adi Putra ke industri ini dan mereka diterima sebab kelakuan mereka baik,"katanya.
Terdahulu, kenyataan Erma menyuruh Sarah Yasmine pulang ke Singapura selepas pelbagai kontroversi tercetus sehingga menyeret beberapa nama selebriti tempatan turut meraih perhatian ramai.
Tindakan Sarah Yasmine yang memuat naik pelbagai tangkap layar perbualan antara Aliff dengan pelakon, Ruhainies juga menggemparkan industri seni tanah air sehingga pelbagai pihak tampil mengeluarkan kenyataan menafikannya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa pulak xde kena mengena dgn alep...salah sorg skandal walaupn watak antagonist. Yg xde mengena tu topiknasi. Alep tu yg jdkn wanita doormat.
Tp x pelik pn kn...watak adi dicipta utk disanjung bini ke2 dn ke3 walaupn loser gila jd suami. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali nak ambik artis berlakon make sure artis tu clean. Malu lah dgn orang Korea diaorang lagi bijak jaga diri. Orang mcm kau lah artis2 ni sedap2 skandal sana sini. Pastu korang jugak heran kenapa rakyat Malaysia lebih suka tengok drama Korea. |
|
|
|
|
|
|
|
Takut drama kena boikot, kalau masih sokong org yg buat maksiat, memang kena boikotlah, nasihatlah juga artis2 yg ada masalah dan yg x ada masalah supaya jaga kelakuan supaya x mencemarkan industri hiburan |
|
|
|
|
|
|
|
Lorrrr kejap kutuk kejap tarik balik... |
|
|
|
|
|
|
|
Cuak ke.. ko pon cr mkn kat celeb fest tu kan… bila org buka pekung artis2 msia ni kena bela.. mengelupor ko .. mslh ni x de kena mengena dgn negara la nek |
|
|
|
|
|
|
|
cm_vungtau replied at 5-5-2024 01:46 PM
Takut drama tak laku ke?
Tgk kat ig operasi membersih nama.. umi aida jemput bella pi raya kat rumah dia...ada erma, Ziela jalil ,elie dll.. haha.. tiberrr sgt.. ke hati ai hitam.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bleh plak tin paduka umieaida jemput bella beraya dahla ada nek timah
Tp umi ngn betty mmg baik ngn bella kan selalu ada penampakkan bella kat majlis usrah dorang.
Tin paduka juga penah kena khianat ngn bff dia |
|
|
|
|
|
|
|
AinHazwan replied at 5-5-2024 02:12 PM
Tgk kat ig operasi membersih nama.. umi aida jemput bella pi raya kat rumah dia...ada erma, Ziela ...
Nih dia repost igs nek elly kan
Nek elly mmg rapat ngn bella , akak ada nampak nek elly komen panjang lebar kat page mana tah yg kuarkan berita pasal nek timah halau2 sarah tu.
Nek elly kata dia sokong sarah tu kuarkan bukti2 pasal plan jahat alip ngn ruru tu tp sebaiknya bukti2 tu diberi kat bella je utk kegunaan mahkmah bkn kecoh2 camni laa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|