CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3911|Reply: 7

[Tempatan] Kebebasan media: Kerajaan harus cermin diri - NGO hak asasi

[Copy link]
Post time 6-5-2024 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Kebebasan media: Kerajaan harus cermin diri - NGO hak asasi

https://www.malaysiakini.com/news/704585

Diterbitkan:  May 5, 2024 8:00 PM
Dikemaskini: 8:00 PM



NGO dan aktivis hak asasi manusia meminta kerajaan melakukan refleksi diri atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2024 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF).

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) melihat tindakan kerajaan dan penyokongnya yang masih ingin menafikan hakikat itu tidak akan membantu dalam memberikan apa-apa penyelesaian.

“Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan ini adalah kegagalan dan keengganan kerajaan untuk mengekang dan meminda undang-undang yang mengekang kebebasan bersuara secara umumnya seperti Akta Hasutan 1948,” kata Pengarah Eksekutif Bersih, Ooi Kok Hin.

Ooi juga tidak bersetuju kerajaan menggunakan isu 3R (Raja, kaum dan agama) untuk membenarkan penggunaan akta drakonian ini.

“Isu 3R boleh dikekang dengan akta-akta yang lain. Saya lihat kerajaan menggunakan Akta Hasutan untuk menghukum mereka yang lantang bersuara sehingga yang menghantar mesej di Whatssapp juga dikenakan tindakan,”katanya.

Selain itu dia turut meminta penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) yang bebas dari campur tangan kerajaan serta meminda akta-akta yang menyekat kebebasan bersuara.



Semalam, pertubuhan Reporters Without Borders (RSF) mengeluarkan Indeks Kebebasan Akhbar 2024, yang menunjukkan Malaysia merosot 34 tangga berbanding kedudukan ke-73 pada tahun lepas.

Malaysia mendapat 52.07 markah melalui lima penunjuk: politik (44.35), ekonomi (45.63), legislatif (34.04), sosial (52.62) dan keselamatan (83.72).

Untuk kali pertama dalam tiga tahun, Malaysia bukan lagi berada di kedudukan tertinggi untuk negara Asean apabila dipintas oleh Thailand (87).

Menurut indeks itu, ia berpunca daripada tindakan kerajaan menyekat laman berita yang mengkritik kerajaan, antaranya melibatkan UtusanTV yang digerakkan oleh bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) serta MalaysiaNow.

Sementara itu Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menafikan prestasi baik indeks kebebasan akhbar Malaysia pada tahun sebelumnya berpunca daripada pentadbiran Ismail Sabri.

Pengarah Eksekutif (CIJ), Wathshlah G Naidu, berkata ia hasil sikap optimis RSF terhadap Malaysia yang mendapat Perdana Menteri baru Anwar Ibrahim serta kerajaan yang lebih kukuh dalam melakukan usaha-usaha pembaharuan.



Namun untuk tahun 2024 Wathshlah berkata tindakan kerajaan sangat perlahan dalam melaksanakan reformasi media yang menjadi penyumbang kepada penurunan kedudukan.

“Walaupun akta-akta seperti Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi, dan Bahagian 233 dari Akta Komunikasi dan Multimedia tidak digunakan secara langsung kepada media. Namun, namun akta ini masih merupakan ancaman dan bersifat kuku besi kepada media yang harus dilakukan pindaan agar tidak disalahgunakan,” katanya.

Wathshlah turut berharap penubuhan MMC dapat disegerakan bagi mengatasi isu membabitkan 3R dan berita palsu.

“Ini kerana segala tindak tanduk media yang menjurus ke arah ini akan dinilai sendiri oleh badan media yang bebas daripada kepentingan kerajaan,” katanya.

Daripada menggunakan undang-undang dalam menyekat laman media, Wathshlah menyarankan kerajaan merangka strategi yang lebih mampan untuk melawan naratif-naratif media alternatif.

“Masyarakat berhak mendapat maklumat daripada media alternatif dalam membuat keputusan. Tindakan menyekat masyarakat dalam mengakses maklumat adalah simbol kepada “autokatik,” katanya.

Pengasas bersama Justices For Sister, S Thilaga berkata penapisan oleh pihak kerajaan dengan menyekat media yang didakwa menyebarkan berita palsu dan 3R bukan jalan penyelesaian.

“Tindakan kerajaan ini hanya akan mengurangkan kepercayaan rakyat kepada mereka serta boleh menindas penyebar maklumat.

“Kerajaan kena juga faham kekangan terdapat kekebasan ekspresi harus memenuhi syarat-syarat seperti yang terkandung di bawah undang-undang hak asasi antarabangsa,”katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah takde yg nk guling2 atas jalan?


Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 7-5-2024 12:53 PM
Dah takde yg nk guling2 atas jalan?

boss guling suda jd mintiri la kaka...mission accomplished...la kaka...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 05:48 PM | Show all posts
alah kalau korang guling2 pon nanti dia embargo juga media dari melaporkan.

sama mcm dia kepam berita pengampunan najib 5 hari.

sama mcm dia kepam keterlibatan hellfire nga kor ming ikut ambulan 9 hari.


pundek punya natam bewoks lidah bercabang puak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 07:27 PM | Show all posts
org bodow je percaya gomen bangnon ni will reform la will change la... padahal lagi teruk
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 7-5-2024 07:27 PM
org bodow je percaya gomen bangnon ni will reform la will change la... padahal lagi teruk

Reforbasi.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2024 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon Fahmi  sound blk bersih mcm dia sound blk wan saiful ari tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 08:08 AM | Show all posts
munafik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054633 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list