CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3302|Reply: 0

[Dunia] ‘AS rancang halang Malaysia jadi pusat pengumpulan dana Hamas’

[Copy link]
Post time 9-5-2024 02:30 PM | Show all posts |Read mode
‘AS rancang halang Malaysia jadi pusat pengumpulan dana Hamas’

https://www.malaysiakini.com/news/705009

Diterbitkan:  May 9, 2024 2:09 PM
Dikemaskini: 2:09 PM



Washington sedang berusaha menghalang Malaysia daripada menjadi tempat Hamas boleh mengumpul dana dan memindahkan wang, kata seorang pegawai kanan Perbendaharaan AS.

Menurut Reuters, pegawai yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya didedahkan, juga berkata AS melihat keupayaan Iran untuk memindahkan minyaknya bergantung kepada penyedia perkhidmatan yang berpangkalan di Malaysia, dengan minyak dipindahkan berhampiran Singapura dan di seluruh rantau ini.

“Perbendaharaan AS meningkatkan tumpuannya kepada pembiayaan untuk kumpulan militan yang dihalakan melalui Asia Tenggara, termasuk melalui usaha mengumpul dana dan penjualan haram minyak Iran.

"Kami bimbang dengan kapasiti Hamas untuk mengumpul dana di rantau ini, termasuk di Malaysia, jadi kami mahu mengadakan perbualan langsung mengenai kebimbangan itu," kata pegawai itu.

Pegawai itu menambah bahawa terdapat peningkatan dalam percubaan Iran dan proksinya untuk mengumpul dana di rantau itu, kadangkala melalui badan amal.

"Sungguh mengerikan bahawa mereka cuba mengambil kesempatan daripada limpahan sokongan kepada rakyat Palestin untuk menyedut wang untuk aktiviti keganasan  mereka," kata pegawai itu yang juga enggan menamakan badan amal yang disyaki itu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059388 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list