CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 0

[Jenayah] UMNO kekal dengan sokongan padu dan kesetiaan akar umbi

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:29 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. - Foto ihsan FB





KUALA KUBU BHARU: Selepas 78 tahun penubuhannya, UMNO masih kekal sebagai sebuah parti yang kukuh, berjaya dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia, kata Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Katanya, sokongan padu dari akar umbi memainkan peranan untuk kepentingan parti, memperkukuh perpaduan dan memberi tumpuan kepada usaha membela rakyat.

Namun, katanya, kesetiaan kepada parti juga antara faktor utama yang menentukan kekuatan parti itu.

"Saya harapkan semua akar umbi UMNO berdoa dan memohon agar parti ini terus kukuh, kita semua kekal setia dan memberikan kesejahteraan kepada seluruh rakyat.

"Insya-Allah, saya juga memohon supaya ahli UMNO berdoa agar kemenangan akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini," katanya kepada UMNO Online.

Noraini yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menzahirkan penghargaan kepada pimpinan UMNO dan akar umbi yang sentiasa mendukung parti ini yang mana ulang tahun UMNO ke-78 di sambut hari ini, serentak hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu.

Katanya, sambutan ulang tahun UMNO yang ke-78 akan diadakan serentak di seluruh negara melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri.

"Saya mengucapkan selamat menyambut hari Ulang Tahun UMNO Ke 78 dan secara kebetulan waktu yang sama adalah hari mengundi di PRK Kuala Kubu Bharu," katanya lagi.

Ulang tahun UMNO yang disambut setiap tahun pada 11 Mei adalah manifestasi ahli parti menunjukkan semangat perjuangan parti tidak pernah luntur dalam meniti usia emas parti.

Sambutan ini juga antara lain sebagai platfrom memperkukuh perpaduan dan solidariti dalam kalangan pendukung UMNO.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.048912 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list