CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7604|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Arwah Siti Hawa tonggak utama keluarga selepas suaminya kemalangan' - Rakan

[Copy link]
Post time 11-5-2024 04:40 PM | Show all posts |Read mode
'Arwah Siti Hawa tonggak utama keluarga selepas suaminya kemalangan' - Rakan





Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



SARIMAH menunjukkan gambarnya bersama Allahyarhamah Siti Hawa ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kepala Batas (HKB). FOTO Nur Izzati Mohamad





Kepala Batas: Pemergian Allahyarhamah Siti Hawa Mohd Isa yang meninggal dunia akibat lemas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam tali air di Jalan Lahar Kepar, Penaga, di sini, mengejutkan rakan-rakan baiknya.

Rahmah Awang, 53, Sarimah Saidin, 50, dan Asmah Ismail, 46, kebiasaannya pada setiap Sabtu setiap minggu akan bersama-sama menemani Siti Hawa, 40, menghantar tempahan kuih sebelum mereka pergi ke pasar membeli barangan basah.

Bagaimanapun, Rahmah berkata, ketiga-tiga mereka tidak mengikut arwah hari ini kerana masing-masing mempunyai urusan lain, apatah lagi dia kurang sihat.

"Memang dah jadi rutin kami setiap Sabtu setiap minggu akan ikut Hawa hantar tempahan kuih, kemudian pergi pasar untuk beli barang basah.

"Kebetulan hari ini, saya demam sikit (kurang sihat) jadi saya tak ikut. Terkejut sangat bila tengok telefon banyak panggilan dan mesej masuk tanya saya ada di mana kerana fikir saya bersama Hawa.

"Jalan yang digunakan (lokasi arwah maut) memang jadi jalan utama yang kami lalu setiap minggu yang ia amat mengejutkan," katanya ketika ditemui di luar Unit Forensik Hospital Kepala Batas (HKB), di sini, hari ini.

Dia berkata, arwah adalah seorang sahabat yang sangat aktif dalam berpersatuan dan sering menjadi tonggak utama terhadap segala aktiviti yang dianjurkan.

"Kami di sini ada 'Group Yasin' dan arwah selaku bendahari yang dia sangat bertanggungjawab serta memudahkan urusan kami semua, seorang ringan tulang dan tidak pernah terasa apa-apa.

"Arwah juga tonggak utama keluarganya yang menjaga suami dan anak-anaknya. Suami arwah terbabit kemalangan beberapa tahun lalu dan pernah koma yang mana sejak suaminya sedar, arwah yang menjadi ketua keluarga bagi membantu suaminya.

"Kehilangannya amat dirasai dan hingga kini rasa tidak percaya bahawa dia sudah tiada. Namun kami bersyukur, perjalanan terakhirnya amat mudah dan kami pasti akan merindukannya," katanya.

Sementara itu, suami arwah, Mahdzir Mat, 54, berkata arwah isterinya sempat memasak juadah sebelum keluar rumah pagi tadi.

"Namun terkejut sebelum anak sulung memberitahu ibunya kemalangan dan sudah tiada sebelum kami sekeluarga bergegas ke hospital untuk membuat urusan pengecaman.

"Keadaan saya kurang baik kerana saya terbabit kemalangan dan isteri yang membantu menguruskan keluarga apabila dia mengasuh kanak-kanak dan membuat kuih untuk dijual setiap Sabtu dan Ahad," katanya.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi tadi, ibu kepada lima anak berusia sembilan hingga 21 tahun itu memandu seorang diri sebelum Perodua Alza dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam tali air.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Langsat, dekat sini, selepas Solat Zohor.



Disiarkan pada: Mei 11, 2024 @ 4:12pm



[size=0.95]








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.636656 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list