CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17185|Reply: 0

[Perlis] KPT mahu siasatan terperinci kebakaran asrama UniMAP

[Copy link]
Post time 12-5-2024 12:47 AM | Show all posts |Read mode
KPT mahu siasatan terperinci kebakaran asrama UniMAP





BERNAMA



Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. FOTO Arkib NSTP




Kangar: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu siasatan terperinci dilakukan terhadap kejadian kebakaran yang berlaku di di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Arau, awal pagi tadi.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan kementerian juga akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada UniMAP susulan insiden itu.

"Semoga semua yang terbabit tabah dan KPT akan memastikan segala perkara berkaitan akan diberi perhatian sewajarnya," katanya menerusi hantaran Facebooknya malam ini.

Hari ini media melaporkan sebanyak 26 motosikal musnah dan 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki UniMAP di Pauh, Arau terbakar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi dipetik sebagai berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.43 pagi.

Zambry berkata beliau juga dimaklumkan bantuan segera telah diberikan oleh UniMAP bagi tujuan kebajikan dan penempatan sementara kepada pelajar yang terbabit, termasuk dari segi urusan barangan keperluan dan makanan.

"Bangunan yang menempatkan asrama pelajar ini telah dikosongkan dan UniMAP telah mengambil langkah-langkah awal bagi memastikan keselamatan pelajar diberi keutamaan," katanya.

Beliau juga menasihatkan semua pelajar yang terlibat supaya sentiasa berhubung dan mendapatkan maklumat terkini daripada universiti.



Disiarkan pada: Mei 12, 2024 @ 12:38am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.230699 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list