CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 967|Reply: 0

[Tempatan] Pelajar Malaysia pilihan jadi Muzawwir

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Tapak perigi Ares atau al-Khattam turut menjadi tumpuan jemaah sambil diperjelaskan oleh Muzawwir mengenai sejarah kewujudannya.- Foto NSTP/Husain Jahit





MADINAH: Pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Islam Madinah sememangnya sudah terkenal sebagai Mutawif atau Muzawwir untuk jemaah haji serta umrah sebelum ini dan menjadi faktor utama mengapa mereka dipilih menjadi Muzawwir kepada jemaah haji dari Malaysia.

Biarpun kebanyakannya masih belajar di tahun dua dan tiga di Universiti Islam Madinah, keupayaan mereka dalam mengendali dan memberikan penerangan kepada jemaah setiap kali melakukan aktiviti ziarah luar, setanding dengan mutawif lain yang berpengalaman.

Muzawwir Nik Muhammad Muaz Nik Mohd Noor, 24, yang merupakan pelajar tahun dua Universiti Islam Madinah, berkata muzawwir bertanggungjawab untuk membantu pelaksanaan aktiviti ziarah luar jemaah haji Malaysia yang telah disusun oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di tempat bersejarah di sini.

Beliau yang juga Pengarah Program Ziarah Luar 2024, berkata pada tahun ini seramai 88 pelajar dari universiti itu dipilih menjadi muzawwir membabitkan 60 peratus pelajar lama dan selebihnya pelajar baharu.

"Pelajar berkenaan melalui beberapa tapisan termasuk kelayakan dari segi Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) dan kemahiran berkomunikasi, malah ada juga dalam kalangan yang dipilih ini telah berpengalaman menjadi mutawif umrah dan haji," katanya kepada Petugas Media Tabung Haji di sini, kelmarin.
Jemaah haji juga dibawa menziarahi Bukit Uhud yang kaya dengan sejarah peperangan Uhud dan syuhada. - Foto NSTP/Husain Jahit
Jemaah haji juga dibawa menziarahi Bukit Uhud yang kaya dengan sejarah peperangan Uhud dan syuhada. - Foto NSTP/Husain Jahit

Dalam mempersiapkan dan memantapkan lagi muzawwir yang terpilih, katanya pihak jawatankuasa juga mengadakan kursus sebanyak dua kali termasuk lawatan di lapangan dengan dikendalikan pelajar senior.

Pelajar dari Pekan, Pahang itu berkata peluang bekerjasama dengan TH secara langsung membolehkan muzawwir yang terbabit dapat menyampaikan ilmu sirah yang pernah dipelajari sebelum ini, selain memberi pendedahan kepada mereka cara berinteraksi dengan jemaah.

"Pihak jemaah pula berpeluang mendengar sirah Rasulullah yang lengkap dikongsikan oleh muzawwir hasil apa yang dipelajari sebelum ini," kata pelajar Bahasa Arab itu lagi.

Sementara itu, pelajar tahun empat Kuliyyah Hadith, Ahmad Madani Ahmad Jalaludin dari Temerloh, Pahang, berkata pelajar Universiti Islam Madinah sememangnya cukup dikenali dengan khidmat mutawif dan muzawwir sebelum ini.

"Disebabkan kami belajar di Madinah, jadi kami mampu memberikan penerangan yang kadangkala mungkin tidak ramai yang tahu," katanya.

Beliau yang memegang jawatan timbalan pengarah projek untuk program itu, teruja kali pertama mendampingi jemaah haji bagi menyampaikan maklumat mengenai tempat bersejarah di bumi Madinah Al-Munawarah ini.

"Saya mengharapkan dapat meraikan khidmat terbaik kepada jemaah, terutama yang datang dari negara sendiri dan kami di pihak ahli jawatankuasa telah memilih pelajar terbaik untuk menjadi muzawwir bagi menyantuni jemaah tahun ini," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.916016 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list