CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 985|Reply: 2

[Jenayah] Kemenangan PH beri isyarat terus kerja kuat tarik pelabur, perkuat ekonomi - PM Anwar

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.





KUALA LUMPUR: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu malam ini memberi isyarat jelas untuk Kerajaan Perpaduan terus bekerja kuat menarik pelabur, seterusnya memulih dan memperkukuh ekonomi negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Kerajaan Perpaduan akan terus menggalas amanah dan tanggungjawab itu dengan baik demi rakyat terbanyak.

"Pada Majlis Malam Sambutan 25 Tahun PKR di Sentul malam ini, saya mulakan ucapan dengan mengucapkan tahniah kepada calon PH yang berjaya mempertahan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu.

"Tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh jentera Kerajaan Perpaduan yang mempamerkan kesepakatan dan semangat luar biasa bagi mempertahan kemenangan," katanya.

Pada PRK itu, calon PH Pang Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi menewaskan tiga pencabarnya iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Anwar turut mengingatkan semua ahli PKR terutama generasi muda untuk menghayati idealisme dan tidak terpukau dengan godaan memunggah kekayaan.

Beliau berkata, bakat pemimpin muda perlu digilap dan bersedia untuk meneruskan perjuangan KEADILAN mempasak perubahan.– BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 12:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Menang sebab rasuah besar-besaran naikkan gaji kakitangan awam.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.597337 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list