CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1212|Reply: 0

[Jenayah] Perkhidmatan KWSP alami gangguan

  [Copy link]
Post time 12-5-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Gangguan perkhidmatan KWSP mulai semalam dijangka berakhir hari ini. -NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali





KUALA LUMPUR: Khidmat dalam talian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami gangguan perkhidmatan susulan aktiviti penyelenggaraan sistem yang dijadual berakhir hari ini.

Penyelenggaraan sistem bermula semalam itu, dibuat susulan pelaksanaan Akaun 3 KWSP yang dijadual bermula hari ini, yang mana ahli di bawah usia 55 tahun diberikan akses untuk memperuntukkan dana bagi pengeluaran untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Berdasarkan paparan maklumat di laman web KWSP, pelbagai perkhidmatan mengalami gangguan termasuk perkhidmatan ahli, perkhidmatan majikan dan perkhidmatan rakan niaga.

KWSP pada Isnin lalu mengemas kini laman webnya untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai jadual gangguan perkhidmatan itu.

Berdasarkan penstrukturan semula akaun KWSP, sebanyak 75 peratus potongan dimasukkan ke dalam Akaun 1; 15 peratus (Akaun 2) dan 10 peratus (Akaun 3).

Bagi mendapatkan maklumat mengenai akaun yang terjejas oleh kerja-kerja penyelenggaraan, lawati https://www.kwsp.gov.my/penyelenggaraan sistem.

Pada 25 April KWSP mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 dengan semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan (Akau 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3).

Akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan, Akaun Sejahtera untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan dan Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Simpanan dalam Akaun Fleksibel itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.057857 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list