CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1623|Reply: 8

[Jenayah] Guru tampar, tumbuk 4 murid disiasat polis

  [Copy link]
Post time 12-5-2024 10:42 AM | Show all posts |Read mode




JOHOR BAHRU: Guru yang didakwa melakukan kekasaran terhadap empat anak muridnya dalam satu kejadian di sebuah sekolah agama di Pontian, Rabu lalu, sedang disiasat pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata guru berkenaan juga kini ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah, selepas insiden berkenaan berlaku.

Katanya, Pejabat Pendidikan Islam daerah berkenaan sudah mengambil tindakan segera dengan memberikan kerjasama penuh kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan terhadap insiden berkenaan.

"Kerajaan Johor memandang serius akan dakwaan ini dan menolak sebarang penggunaan kekasaran ke atas pelajar.

"Guru yang didakwa terbabit dalam kes itu ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah dalam tempoh siasatan berlangsung manakala murid yang terbabit dibenarkan untuk mengambil cuti," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, seorang guru lelaki didakwa bertindak luar kawalan apabila menampar, menumbuk serta mencekik leher empat anak muridnya dalam kejadian di sebuah sekolah agama di Pontian, petang Rabu lalu.

Guru berusia 48 tahun itu dilaporkan bertindak demikian dipercayai berang selepas tiga murid berusia 10 dan 11 mengintainya menghisap rokok di dalam sebuah stor.

Guru terbabit juga didakwa memarahi beberapa orang murid yang lain dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

Dalam pada itu, Mohd Fared berkata, Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan sentiasa memastikan suasana pembelajaran di semua Sekolah Agama Kerajaan Johor berada keadaan selamat dan kondusif kepada guru-guru dan para pelajar.

"Saya memohon supaya semua pihak menghormati proses siasatan oleh PDRM dan tindakan selanjutnya termasuk tindakan tatatertib akan diambil tertakluk kepada hasil siasatan berkenaan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti lepas punyaa cikgu babi nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu ni ajar subjek apa
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu isap rokok dkt stor. Laa selalunya bdk sekolah je yg buat perangai cenggini. Suda terbalik lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 08:56 AM | Show all posts
zaman dulu cikgu isap dalam bilik guru ja, siap air con lagi
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 12-5-2024 08:01 PM
Cikgu ni ajar subjek apa

Subjek agama le....
Kitorang kat johor sek agama lain dari sek keb tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 13-5-2024 08:56 AM
zaman dulu cikgu isap dalam bilik guru ja, siap air con lagi

Manade.....

Cikgu aku hisap rokok luar pintu kelas je.....hbis rokok, sambung ngajor.....tapi tak de pun bebudak kelas aku yg hisap rokok....tak jumpa lg budak sek hisap rokok dlm tandas ke....balik rumah baru le dorang berani hisap rokok...tu pun bebudak kelas belakang je
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 10:22 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 13-5-2024 10:20 AM
Manade.....

Cikgu aku hisap rokok luar pintu kelas je.....hbis rokok, sambung ngajor.....tapi tak ...

pehhh.... lagi ganas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 11:59 AM | Show all posts
Aii apa yg trigger, hisap rokok je pun ....yg merokok dlm stor dah kenapa..pegi je lah belakang toilet berasap. Agaknya depressi dah lama, tu yg tunggu nak meletup je tu. Bahayalah cikgu ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.106838 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list