View: 2640|Reply: 4
|
Diboikot Kerana Promosi Jenama Dikaitkan Dengan Zionis, Nadhir Nasar Beri Penjelasan
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, gerakan Blackout 2024 telah dilancarkan oleh pengguna media sosial untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar tidak menyokong artis atau pempengaruh yang masih mempromosikan produk atau jenama yang menyokong Israel.
Salah seorang pelakon yang menerima banyak kritikan adalah Nadhir Nasar. Namun tidak cepat melatah, dia menjelaskan promosi yang dibuat itu kerana sudah menandatangani kontrak dengan jenama-jenama tersebut sebelum Oktober tahun lalu.
"Kerjasama dengan jenama tersebut dibuat tahun lalu dan ia berdasarkan keadaan ketika itu."
"Keputusan saya bekerjasama dengan mereka berdasarkan komitmen ikhlas untuk memupuk kreativiti dan menyokong artis seperti saya."
Tambah aktor ini, keputusan untuk menamatkan kontrak sebelum tempoh itu dapat memberi kesan kepadanya. Malah, ia juga dapat membabitkan semua pihak yang terlibat dalam kolaborasi tersebut.
"Usaha menamatkan kontrak sebelum tiba waktunya mempunyai kesan seperti penalti wang dan potensi tindakan undang-undang."
"Ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri saya malah orang lain yang terlibat dalam kolaborasi berkenaan."
Di samping itu, Nadhir turut berkata dia menerima pandangan orang ramai dengan hati yang terbuka dan memberi jaminan akan menggunakan platform media sosialnya untuk perkara yang positif.
SUMBER : X/Beautifulnara
|
|
|
|
|
|
|
|
pakwetizzaqyah replied at 13-5-2024 01:37 PM
muka awam
.
.
.
hahahahaha...
tp pelik ramai minat dia...kat tt followers lebih sejuta kalah jahlop |
|
|
|
|
|
|
|
penangan drama tv dia berlakon tu la tu
magic of social media
kena pulak generasi pelapis ni generasi terlebih dos vaksin
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak tengok respon artis2 hollywood pasal ni. Nak tgk kesan pada dorang macam mana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|