CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6651|Reply: 0

[Johor] 155 aduan gajah diterima di Johor setakat ini

[Copy link]
Post time 16-5-2024 12:20 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Iskandar Puteri: Sebanyak 155 aduan ancaman membabitkan konflik antara manusia dan gajah direkodkan di Johor sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, sehingga Mac lalu, 41 aduan diterima berhubung haiwan liar terbabit.

Katanya dalam menangani konflik hidupan liar ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menjalankan pelbagai usaha mitigasi bagi mengatasi dan mengurangkan jumlah aduan daripada orang ramai yang diterima setiap hari.

"Kaedah seperti pemantauan, pengurusan populasi secara terancang, tembak-halau, tangkap-pindah dan pembinaan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG).


"Bagi tujuan langkah jangka pendek, sederhana dan panjang kerajaan melalui Perhilitan akan menjalankan tindakan mitigasi seperti rondaan dan kawalan serta tangkap pindah sebagai tindakan jangka pendek dan segera.

"Manakala bagi tindakan jangka sederhana, Perhilitan mencadangkan membina SPEG di lokasi gangguan.

"Tindakan jangka panjang pula, Perhilitan sedang membangunkan kawasan makanan gajah di koridor mustahak supaya kumpulan gajah akan tertumpu di situ, "katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Sedili (BN, Muszaide Makmor) pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Menurut Tian Soon, kumpulan sasar yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar, boleh memohon Inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda Dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT) secara 'one-off' yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan pada tahun ini.

Katanya setakat ini, Kerajaan Negeri tidak menyediakan sebarang bantuan kerana ia disalurkan kerajaan persekutuan dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

"Namun begitu permohonan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan. Bagi kawasan yang sering mengalami gangguan konflik manusia dengan kehidupan liar, Perhilitan akan mengadakan sesi konsultasi dan perbincangan bersama penduduk bagi perkara ini.

"Selain itu, masyarakat juga boleh mengambil langkah keselamatan semasa berdepan serangan gajah.

"Antaranya jangan menghampiri gajah, tidak melakukan sebarang provokasi, kurangkan bunyi bising, beredar segera dari kawasan tersebut dan tidak mengambil tindakan sendiri dan segera melaporkan serangan gajah ke pejabat Perhilitan Daerah dengan kadar segera, "katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-johor-setakat-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198597 Replies : 4645
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 7271 Replies : 2
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73607 Replies : 319
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9031 Replies : 20
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7560 Replies : 40
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 9472 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 9094 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.048396 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list