CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10785|Reply: 0

[Tempatan] Berpada-pada sorak diri sendiri, kata Hassan selepas PH menang KKB

[Copy link]
Post time 17-5-2024 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Berpada-pada sorak diri sendiri, kata Hassan selepas PH menang KKB

https://www.freemalaysiatoday.co ... epas-ph-menang-kkb/

Shahrul Shahabudin
16 May 2024, 08:30 PM


Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, berkata kerajaan perlu memandang serius sektor swasta dan pekerja tidak formal yang berdepan isu gaji dan perlindungan sosial.

Hassan Karim berkata peningkatan undi Melayu kepada PH hanya minima.

PETALING JAYA: Penyokong kerajaan mengingatkan kerajaan perpaduan berpijak di bumi nyata dan melipatgandakan usaha mengembangkan sokongan di akar umbi, susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dari PKR berkata, kerajaan perpaduan mesti kekal merendah diri memandangkan gabungan itu sekadar meningkatkan sokongan minima Melayu dan gagal menguasai majoriti pengundi muda.

Beliau juga mengingatkan kerajaan perpaduan bahawa sokongan masyarakat India dibantu janji menteri untuk menyelesaikan isu berpanjangan, antara lain melibatkan perumahan bagi pekerja estet.

“Tetapi, jika janji itu tidak ditepati maka mereka akan menghukum kerajaan dan PH dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada FMT.

Hassan berkata, walaupun pengumuman kenaikan gaji penjawat awam sebelum ini mungkin menyumbang kemenangan PH, ia mungkin tidak memberi kesan pada PRU16 mengambil kira sebahagian besar populasi bukan berkhidmat dalam sektor awam.

Pasir Gudang itu berkata, kerajaan perlu memberi perhatian serius kepada sektor swasta dan pekerja tidak formal yang bergelut isu gaji dan perlindungan sosial.

“Tak salah untuk pemimpin dan penyokong PH dan kerajaan perpaduan untuk bersorak gembira atas kemenangan di PRK Kuala Kubu Baharu. Tetapi, saya nasihatkan berpada-padalah bergembira dan bersorak memuji diri sendiri. Pilihan raya umum hanya tinggal 42 bulan sahaja lagi (pada 2027),” katanya.

Pada Selasa, bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming memberi amaran tidak mentafsir keputusan PRK Kuala Kubu Baharu, dimenangi Pang Sock Tao dari DAP, sebagai ‘undi percaya’ untuk PH dan kerajaan perpaduan.

Bendahari DAP Selangor itu, berkata menjadi satu kesilapan kerana rasa tidak puas hati terhadap kerajaan adalah ‘nyata dan berkembang’ dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau turut mengingatkan rakan politik mengimbau kemenangan agak selesa Barisan Nasional (BN) dalam PRK Ijok pada 2007, namun gabungan berkenaan hilang penguasaan Selangor setahun kemudian, selain BN hilang majoriti dua pertiga Parlimen, pada PRU13.

Pada PRK Sabtu lalu, Pang menang majoriti 3,869 undi. Beliau meraih 14,000 undu, menumpaskan calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut (10,131), calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainuddin (152), dan calon bebas, Nyau Ke Xin (188).

Jumlah peratusan mengundi adalah 61.5% lebih rendah berbanding 69.25%, pada PRN Ogos lalu bagi kawasan Kuala Kubu Baharu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19671 Replies : 97
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 201083 Replies : 4737
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9992 Replies : 53
เว็บแทงบอลยูโร เดิมพันบอลยูโร สมัครแอดไลน์ @UFADEAL แทงบอลบนมือถือ บอลเต็ง ...
khawjaw67เว็บแทงบอลยูโร เดิมพ
Views : 0 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 91310 Replies : 633
แทงบอลยูโร เว็บแทงบอลยูโรอันดับ 1 สมัครแอดไลน์ @UFADEAL ฝากถอนระบบออโต้ ไม่...
khawjaw67แทงบอลยูโร เว็บแทงบอ
Views : 0 Replies : 0
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27226 Replies : 108
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 192315 Replies : 1713
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5101 Replies : 11
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73704 Replies : 323

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.069796 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list