CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16508|Reply: 48

[Tempatan] Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan

  [Copy link]
Post time 17-5-2024 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan

https://www.sinarharian.com.my/a ... maklum-jadi-jutawan

Oleh ASYIKIN ASMIN
17 Mei 2024 08:20am


Johni (tengah) bersama isteri dan anak bongsunya menerima replika cek RM1 juta daripada kakitangan BSN selepas menjadi orang ke-99 menang Cabutan Jutawan BSN SSP di Kampung Lasau Minunsud, Kota Belud.

KOTA BELUD - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itu peribahasa yang dapat digambarkan bagi seorang penoreh getah yang terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.

Johni Satur, 57, tidak menyangka langkah menyimpan wang yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dua tahun lalu membawa tuah kepadanya yang menjadi orang ke-99 menerima RM1 juta dan pertama bagi tahun ini di Sabah.

"Pada mulanya saya menyimpan wang yang dikeluarkan dari KWSP pada tahun 2022 di BSN atas nasihat anak kedua. Itu pun sebab mereka bimbang jika saya ditipu oleh scammer.

"Kemudian pada minggu lalu, saya telah dihubungi mengatakan saya telah memenangi wang RM1 juta. Memang agak terkejut sehingga menggeletar seluruh badan selain takut kerana ada juga terfikir ia mungkin scammer.

"Tetapi selepas diperiksa di kaunter BSN, memang betul saya mendapat cabutan SSP tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Lasau Minunsud di sini pada petang Khamis.

Jelasnya lagi, sepatutnya perkara itu sudah dimaklumkan sejak April lalu tetapi disebabkan kawasan kampungnya sering mengalami gangguan talian telefon menyebabkan maklumat itu baru diterima pada bulan ini.

"Bulan April lagi telah dimaklumkan cuma saya tidak dapat dihubungi sebab tiada liputan telefon seperti yang berlaku hari ini. Kalau tiada bekalan elektrik, talian telefon automatik terputus," katanya.

Ditanya mengenai perancangannya terhadap wang yang diterima, Johni berkata, dia berhasrat untuk membina sebuah rumah lain memandangkan keadaan rumahnya yang daif ketika ini.

"Rumah saya ada kerosakan termasuk bocor di beberapa bahagian, kalau mahu tambah pun kawasan halaman rumah memang sempit jadi saya akan membina rumah di tapak lain.

"Selain itu, wang tersebut akan digunakan untuk pendidikan anak-anak memandangkan ada dua lagi anak saya masih bersekolah iaitu berada di Tingkatan Enam dan juga Tahun Satu.

"Umur saya pun sudah lanjut, jadi dengan pendapatan sebagai penoreh getah yang hanya RM500 sebulan mungkin tidak akan mencukupi membiayai pelajaran anak-anak," katanya.

Sehubungan itu, Johni berkata, dia berterima kasih kepada BSN yang memberi peluang kepada pelanggan merasai pengalaman sebagai jutawan walaupun dia hanya orang kampung biasa.

Sementara itu, anak keduanya, Romexh, 27, berkata, dia bimbang bapanya menjadi mangsa scammer, lalu meminta wang itu disimpan di BSN supaya lebih selamat.

"Saya tidak tahu pun mengenai peraduan ini sehingga dimaklumkan di kaunter BSN dan simpanan dibuat kerana bapa saya memang menyimpan wangnya selama ini di BSN," katanya yang juga graduan dalam bidang pelancongan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 09:23 AM | Show all posts
lps ni menggeletar
bila tgk ramai yg mengaku sedara mara
atau kawan
tiba2 muncul
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:24 AM | Show all posts
mujur anaknya yg belajar tinggi juga ni nasihatkan ayahnya. alhamdulillah rezeki tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:27 AM | Show all posts
Mcm ni baru betul dan tepat diberi pd org yg susah utk memulakan kehidupan yg lebih baik
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:46 AM | Show all posts
chandrahusin replied at 17-5-2024 09:23 AM
lps ni menggeletar
bila tgk ramai yg mengaku sedara mara
atau kawan

baru nak cakap dah ada yang post, biasalah manusia mmg gitu, time susah menjauh, time kaya mendekat
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:49 AM | Show all posts
I tak pernah lagi bertuah dengan cabutan bertuah BSN ni. Moga ada la rezeki menang 1 juta jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2024 09:51 AM | Show all posts
Edited by midori888 at 17-5-2024 09:55 AM

wowww..huntung lah...bagus anak dia nasihat bapa suh berhati2 dgn scammer....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:56 AM | Show all posts
gementar tu senangje ubatnya bagi aku tolong simpan duit tu smpi gementar hang ilang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 09:56 AM | Show all posts
vanillaninja replied at 17-5-2024 09:49 AM
I tak pernah lagi bertuah dengan cabutan bertuah BSN ni. Moga ada la rezeki menang 1 juta jugak

jgn sejuta sehinggit pon tak pernah menang..tapi tuah kita lain2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 17-5-2024 09:49 AM
I tak pernah lagi bertuah dengan cabutan bertuah BSN ni. Moga ada la rezeki menang 1 juta jugak

Camne nak masuk tu kena ada acc bsn.ke

Minimum berapa ribu boleh join ssp ?

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:04 AM | Show all posts
ezacbee replied at 17-5-2024 01:58 AM
Camne nak masuk tu kena ada acc bsn.ke

Minimum berapa ribu boleh join ssp ?

Draw dia ikut berapa chuols simpan. Kalau chuols nak draw yang boleh menang 1 juta ni kena ada at least RM3K. Kalau nak menang draw yang dapat kereta macam BMW tu chuols kena ada at least RM100 kot if I tak salah. Monthly draw minimum RM10 je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dpt cabutan kat org betul2 susah. Jrg dgr dpt kat org susah. Maybe bagi org susah duit lebihan pun takde utk simpan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:11 AM | Show all posts
rezeki dia ni
dpt anak pn anak yg baik, siap nasihat supaya simpan,

terigt anak sorg buruh, mentang2 anak pmpn sorg, siap suruh paknya amik ansuran beli ipon smpai tepon tu rosak, dh mcm beli motorsikal plak

dpt anak yg baik tu rezeki juga tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah rezeki pakcik sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:17 AM | Show all posts
hati2 bang....
scammer...dan yg mengaku sedara jauh....
mula usya2....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:39 AM | Show all posts
bagi senyap2 x ble ke?
kesian acik tu jadi sasaran org sekeliling lepas ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 17-5-2024 09:49 AM
I tak pernah lagi bertuah dengan cabutan bertuah BSN ni. Moga ada la rezeki menang 1 juta jugak

sama larrr tak pernah putus topup tetiap bulan wpun sikit nanhadoooo nak dpt
tapi anak iols 2/3 thn lepas mng cabutan ni, dpt laptop iols lupa under kategori apa entah.  
masa dpt call tu ingatkan scammer iols bolayan. mujur la mgu tu jugak iols p bsn nak topup ssp anak, staf inform anak iols mng laptop try call byk kali tak jwb

***umur 50 nati dpt keluar separuh kwsp blh topup ssp hrp dpt rezeki mcm pakcik ni, mng sejuta
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:51 AM | Show all posts
syamzana replied at 17-5-2024 02:47 AM
sama larrr tak pernah putus topup tetiap bulan wpun sikit nanhadoooo nak dpt
tapi anak iols 2 ...

Wah rezeki anak chuols! Tu la I pun dah bertahun2 tunggu takde lagi rezeki nak dapat apa2. Kalau tak dapat 1 juta dapat Mini Cooper pun I bersyukur

Nanti dapat keluar full EPF chuols jangan lupa masuk SSP ya
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 04:34 PM | Show all posts

Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan​

Edited by FOTHER-MUCKER at 17-5-2024 12:37 AM

Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan​



Johni (tengah) bersama isteri dan anak bongsunya menerima replika cek RM1 juta daripada kakitangan BSN selepas menjadi orang ke-99 menang Cabutan Jutawan BSN SSP di Kampung Lasau Minunsud, Kota Belud.



KOTA BELUD - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itu peribahasa yang dapat digambarkan bagi seorang penoreh getah yang terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.

Johni Satur, 57, tidak menyangka langkah menyimpan wang yang dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dua tahun lalu membawa tuah kepadanya yang menjadi orang ke-99 menerima RM1 juta dan pertama bagi tahun ini di Sabah.

"Pada mulanya saya menyimpan wang yang dikeluarkan dari KWSP pada tahun 2022 di BSN atas nasihat anak kedua. Itu pun sebab mereka bimbang jika saya ditipu oleh scammer.

"Kemudian pada minggu lalu, saya telah dihubungi mengatakan saya telah memenangi wang RM1 juta. Memang agak terkejut sehingga menggeletar seluruh badan selain takut kerana ada juga terfikir ia mungkinscammer.

"Tetapi selepas diperiksa di kaunter BSN, memang betul saya mendapat cabutan SSP tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Lasau Minunsud di sini pada petang Khamis.

Jelasnya lagi, sepatutnya perkara itu sudah dimaklumkan sejak April lalu tetapi disebabkan kawasan kampungnya sering mengalami gangguan talian telefon menyebabkan maklumat itu baru diterima pada bulan ini.

"Bulan April lagi telah dimaklumkan cuma saya tidak dapat dihubungi sebab tiada liputan telefon seperti yang berlaku hari ini. Kalau tiada bekalan elektrik, talian telefon automatik terputus," katanya.

Ditanya mengenai perancangannya terhadap wang yang diterima, Johni berkata, dia berhasrat untuk membina sebuah rumah lain memandangkan keadaan rumahnya yang daif ketika ini.

"Rumah saya ada kerosakan termasuk bocor di beberapa bahagian, kalau mahu tambah pun kawasan halaman rumah memang sempit jadi saya akan membina rumah di tapak lain.

"Selain itu, wang tersebut akan digunakan untuk pendidikan anak-anak memandangkan ada dua lagi anak saya masih bersekolah iaitu berada di Tingkatan Enam dan juga Tahun Satu.

"Umur saya pun sudah lanjut, jadi dengan pendapatan sebagai penoreh getah yang hanya RM500 sebulan mungkin tidak akan mencukupi membiayai pelajaran anak-anak," katanya.

Sehubungan itu, Johni berkata, dia berterima kasih kepada BSN yang memberi peluang kepada pelanggan merasai pengalaman sebagai jutawan walaupun dia hanya orang kampung biasa.

Sementara itu, anak keduanya, Romexh, 27, berkata, dia bimbang bapanya menjadi mangsa scammer, lalu meminta wang itu disimpan di BSN supaya lebih selamat.

"Saya tidak tahu pun mengenai peraduan ini sehingga dimaklumkan di kaunter BSN dan simpanan dibuat kerana bapa saya memang menyimpan wangnya selama ini di BSN," katanya yang juga graduan dalam bidang pelancongan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu.


https://www.sinarharian.com.my/article/665212/berita/nasional/penoreh-getah-menggeletar-seluruh-badan-dimaklum-jadi-jutawan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 04:44 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 17-5-2024 12:47 AM




https://www.bsn.com.my/page/bsn-ssp-draw-results?lang=ms-MY


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.171645 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list