CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9127|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jangan terpedaya panggilan, SMS pemindahan wang ke Akaun Fleksibel

[Copy link]
Post time 19-5-2024 03:58 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya daripada agensi kerajaan.

Ini kerana terdapat taktik penipuan yang menggunakan nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjerat pencarum bagi pemindahan wang Akaun Fleksibel.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pegawai agensi kerajaan tidak akan membuat panggilan bagi urusan transaksi wang.

"Orang ramai jangan mudah percaya jika menerima panggilan telefon daripada individu mengaku pegawai KWSP atau mana-mana agensi kerajaan.


"Kebanyakan (panggilan) adalah bentuk penipuan kerana bakal mangsa akan diminta mengikut langkah diberikan (pemindahan wang) sehingga akhirnya mengalami kerugian.

"Apabila mangsa buat semakan mendapati agensi terbabit tidak membuat sebarang panggilan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai taktik terbaharu 'scammer' melakukan penipuan melalui SMS kononnya daripada KWSP.

Ramli berkata, jenayah penipuan akan berlaku sekiranya individu yang dihubungi memberi maklum balas.

Justeru, katanya, orang ramai perlu mengelak memberi maklum balas terhadap panggilan atau mesej yang meragukan termasuk di aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, KWSP menerusi hantaran di media sosial rasmi meminta orang ramai supaya berwaspada dengan penipuan mengenai pemindahan Akaun Fleksibel.

KWSP mengingatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dengan penipuan itu dan sentiasa berhati-hati.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ke-akaun-fleksibel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049907 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list