CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5819|Reply: 0

[Terengganu] Terpedaya tawaran Pajero murah, pesara rugi RM142,300

[Copy link]
Post time 21-5-2024 04:37 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Terengganu: Pesara swasta berputih mata selepas ditipu dalam pembelian kenderaan secara dalam talian hingga rugi RM142,300.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, lelaki berusia 55 tahun itu membuat laporan polis selepas mendakwa tidak menerima kenderaan jenis Mitsubishi Pajero yang dibeli, sebaliknya didesak membuat bayaran tambahan.

Katanya, kejadian bermula 13 Mei lalu selepas mangsa melayari Facebook dan tertarik dengan iklan jualan kenderaan berkenaan didakwa lelongan bank pada harga RM28,000.

"Mangsa kemudian menghubungi suspek melalui WhatsApps dan selepas bersetuju dengan tawaran, dia membuat dua kali pindahan wang untuk deposit sebanyak RM6,450.


"Pindahan wang ketiga untuk insurans sebanyak RM4,850 dibuat hari sama, sebelum mangsa diminta membuat (tambah) bayaran bagi tujuan pelepasan pihak Kastam.

"Dia kemudian membuat 26 kali pindahan wang yang berjumlah RM131,000," katanya di sini, hari ini.

Mohd Khairi berkata, mangsa dijanjikan yang wang itu akan dipulangkan semula selepas urusan selesai, namun tiada apa yang berlaku, bahkan didesak membuat bayaran tambahan dengan pelbagai alasan.

Katanya, keseluruhannya mangsa melakukan pindahan ke enam akaun peribadi berbeza sehingga 17 Mei dan menggunakan semua wang simpanan persaraannya.

"Polis mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran dalam talian yang menawarkan nilai lebih rendah daripada harga pasaran.

"Orang ramai dipohon semak nombor akaun dan telefon, sebelum membuat sebarang transaksi melalui Portal Rasmi CCID, https://semakmule.rmp.gov.my/ dan jika diperdaya, boleh segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... esara-rugi-rm142300

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.049238 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list