View: 8227|Reply: 60
|
[Jenayah]
Bahana tegur adik ipar!
[Copy link]
|
|
rumah di Kampung Serkam Pantai, Merlimau tempat Rashid ditikam adik iparnya kelmarin.
MELAKA – Niat murni seorang lelaki yang menegur adik iparnya yang didakwa kerap memukul isteri berakhir dengan mangsa mati ditikam oleh pemuda itu di sebuah rumah di Kampung Serkam Pantai di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam, mangsa, Rashid Ahmad, 46, meninggal dunia di Hospital Melaka pada pukul 1.40 pagi semalam selepas mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang kiri akibat ditikam adik iparnya yang berusia 41 tahun.
Amat menyedihkan apabila tragedi berdarah tersebut berlaku di rumah ibu Rashid pada hari raya keempat ketika suspek, mangsa bersama sanak saudara berkumpul di rumah tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, siasatan polis mendapati sebelum kejadian mangsa yang bekerja sebagai jurukimpal di Muar, Johor dikatakan menegur sikap adik iparnya itu ekoran suspek didakwa kerap memukul isterinya yang merupakan adik perempuan mangsa.
“Teguran mangsa menyebabkan suspek marah lalu berlaku pergaduhan dan pergelutan.
“Semasa pergelutan suspek tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam mangsa,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Melaka di sini.
Menurut beliau, selepas ditikam mangsa yang masih bernyawa dihantar ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan tetapi dia disahkan meninggal dunia pada pukul 1.40 pagi.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kata beliau, polis belum menahan suspek kerana lelaki itu menghilangkan diri dengan memandu sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam selepas kejadian tersebut.
Sementara itu, isteri Rashid, Siti Hawa Ibrahim, 44, berkata, dia tidak sangka teguran suaminya terhadap adik iparnya boleh mencetuskan pergaduhan sehingga meragut nyawanya.
“Ketika kejadian saya dan sanak saudara berada di dalam rumah manakala suami dan adik ipar berada di luar rumah selepas suami selesai menunaikan solat Maghrib.
“Saya hanya mengetahui suami saya ditikam selepas terdengar jeritan kuat ‘sakit’, ‘sakit’,” ceritanya ketika ditemui di Kampung Serkam Pantai di sini.
Siti Hawa memberitahu, dia yang keluar melihat apa yang berlaku nampak adik iparnya memegang sebilah pisau manakala suaminya terbaring berlumuran darah.
Kata wanita itu lagi, suspek kemudian menghantar suaminya ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan sebelum menghilangkan diri sebaik menurunkan mangsa di Wad Kecemasan Hospital Melaka.
Jenazah Rashid yang merupakan bapa kepada tiga orang anak berusia antara sembilan hingga 14 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Jalan Bakri Muar, Johor semalam.
P/S kes jenih baran telinga nipis.............
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodohnya punyer adik ipar dan adik arwah....
Kalau adik pompuan aku kena blasah pun aku sanggup marah adik ipar aku tue |
|
|
|
|
|
|
|
MELAKA – Niat murni seorang lelaki yang menegur adik iparnya yang didakwa kerap memukul isteri berakhir dengan mangsa mati ditikam oleh pemuda itu di sebuah rumah di Kampung Serkam Pantai di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam, mangsa, Rashid Ahmad, 46, meninggal dunia di Hospital Melaka pada pukul 1.40 pagi semalam selepas mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang kiri akibat ditikam adik iparnya yang berusia 41 tahun.
aku yang salah baca ke or wartawan ni tak reti beza antara pemuda dengan lelaki umur 41thn? Mesti wartawan ni geng2 pemuda umno kot..umur 40-an pun kira pemuda lagihh...
|
|
|
|
|
|
|
|
kambeng_masam posted on 24-8-2012 05:34 AM
aku yang salah baca ke or wartawan ni tak reti beza antara pemuda dengan lelaki umur 41thn? Mest ...
Nak buat camana..
Takrifan depa belia = pemuda
Max umor belia = 40++ tahun.
p/s: Ko cuti ke? tgh summer ni tak ke mana-mana? |
|
|
|
|
|
|
|
SulurBidar posted on 24-8-2012 05:43 AM
Nak buat camana..
Takrifan depa belia = pemuda
Max umor belia = 40++ tahun.
sebab kononnya jawtan2 tinggi takleh kasi kat orang2 muda...
macam ayat "takleh kasi duit banyak2 kat budak kecik..nanti cepat abes"
aku baru balik dari mesia..beraya kat sana seminggu jek...tak dapat cuti panjang. Tapi on this coming 30th aug...aku balik sekali lagi ke kampung...cuti panjang....then mobilize family ke sini.
kat sini summer duk umah jelahhh....lagi baguihhh. |
|
|
|
|
|
|
|
kambeng_masam posted on 24-8-2012 05:34 AM
aku yang salah baca ke or wartawan ni tak reti beza antara pemuda dengan lelaki umur 41thn? Mest ...
Rasanya klu ikut takrifan pemuda umno, umur gitu masih masuk dlm kategori pemuda. |
|
|
|
|
|
|
|
Sakai setinggan pprt dunia ketiga sangat kes ni. Skit2 amok, skit2 amok. low classs sgtttt! |
|
|
|
|
|
|
|
Orange1 posted on 24-8-2012 06:08 AM
Rasanya klu ikut takrifan pemuda umno, umur gitu masih masuk dlm kategori pemuda.
walaupun muka dah naik kedut...ada uban.....songkok tinggi menten.... |
|
|
|
|
|
|
|
sian, kalau tak dibunuh abang ipar tu,
ada potensi bini tu yang mati dibunuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Lps tu mesti kata membunuh tanpa waras. Bahaya org cam ni.silap2 boleh berlaku lagi kejadian yg sama... |
|
|
|
|
|
|
|
melaka maju!!!!!
keturunan hang tuah, mesti mengamok sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
adik ipar tu bengang dgn bini kot?
duduk raya kat umah mertua smpi raya ke 4...
somi ajak balik raya kg. dia...tak mau...
pastu org len masuk campur... tu yg lg panas..
tu speku aku jer.....
pepe pun, usah le smpi memukul & membunuh... |
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 posted on 24-8-2012 06:15 AM
sian, kalau tak dibunuh abang ipar tu,
ada potensi bini tu yang mati dibunuh...
Boleh dijadikan antara MITIGATING FACTOR argument ko ini......
I know all along ko NIH adalah seorang loyar............................
Burukkkkkkkkkkkkkkkkkk
Hahahahahahaha......... |
|
|
|
|
|
|
|
geng_tx posted on 24-8-2012 07:54 AM
melaka maju!!!!!
keturunan hang tuah, mesti mengamok sana sini
Badi hang tuah dah meresappppppp kot? Atau sawan hang jebat?
Hehehehe
Anyway....INNALILLAH..... |
|
|
|
|
|
|
|
dah jadi camni pun...mesti bini dok sayang lagi kat laki bodo tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
merasa laaa ko beraya dalam penjara tahun depan!
bodoh tak bleh di ajar namanye nih..sikit2 pukul bini, sikit2 pukul bini..bila abg bini tu tegur, lagi la dia hangin gamaknye
dh la bunuh kat umah maknye..mmg cari nahas berbakul bakul!
adik ppuan aka bini jantan panas baran nih, kalau x sedar lagi, nk membela gak laki dia, mmg malang sampai mati lerr |
|
|
|
|
|
|
|
Dari cerita, kesemua saksi kejadian tak menyangka suspek boleh bertindak sedemikian.. ade kemungkinan boleh lepas hukuman atas alasan tidak waras. Noooooooooo........................ |
|
|
|
|
|
|
|
kalu menegor org yg suke pukul memukul ni.
kena bwa 2,3 org skali wat backup
jgnla sesekali sorg2 pi tego
bahaya woo..
aku yg bdan beso pun ajak mbe pi standby kt sblh, masa menegur sedara 'bau2 kentut' cmni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ngada2 nye tak boleh di tegur konon..
marah aje kluarkan pisau.. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah...ingatkan hari raya lepas posa dapat tutup atau kurangkan kemarahan manusia..rupanya sama ja.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|