CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1200|Reply: 4

[Tempatan] Jajaran WCE Hutan Melintang ke Teluk Intan dibuka

[Copy link]
Post time 31-5-2019 02:09 PM | Show all posts |Read mode




TELUK INTAN - Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghubungkan Hutan Melintang - Teluk Intan dibuka secara rasminya kepada orang ramai bermula jam 6 petang hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, laluan sepanjang 19.1 kilometer (km) ini akan memberi manfaat kepada pengguna setempat dalam mengurangkan kesesakan jalan raya sempena Aidilfitri ini.

"Pembukaan jajaran Seksyen 8 yang direkabentuk sebagai laluan dua lorong dua hala bakal menjadi laluan pintasan kepada penduduk tempatan sekitar Sabak Bernam, Bagan Datuk, Hutan Melintang, Teluk Intan dan Sitiawan.

"Ini berikutan jajaran ini akan dapat memendekkan masa perjalanan dengan anggaran 11 minit berbanding penggunaan laluan FT005 (Sabak Bernam - Teluk Intan) sebelum ini," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya WCE, di Plaza Tol Teluk Intan, hari ini.

Turut hadir Penasihat Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, Timbalan Speaker Dewan, Nga Kor Ming dan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Aziz Abdullah.

Menurut Mohd Anuar, pembukaan Seksyen 8 Lebuhraya WCE ini bersifat setempat iaitu memberi kemudahan kepada penduduk yang tinggal berhampiran lebuhraya ini.

"Namun begitu apabila siap sepenuhnya nanti, Lebuhraya WCE bakal menjadi satu sistem penyuraian trafik dan menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara Selata (PLUS), terutamanya ketika musim perayaan bagi perjalanan dari Lembah Klang menuju utara Semenanjung dan sebaliknya.

"Jajaran pertama Lebuhraya WCE yang dibuka kepada orang awam ini juga tidak dikenakan bayaran tol sehingga pihak kerajaan membuat keputusan berkenaan polisi serta kadar tol bagi lebuhraya ini," katanya.

Lebuhraya WCE sepanjang 233 km merentasi Selangor dan Perak dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM5.044 bilion dengan RM3.122 bilion adalah kos bagi pakej pembinaan di Selangor, manakala RM1.922 bilion di Perak.

Jajaran Lebuhraya WCE di Selangor bermula dari Jalan Banting - KLIA (B18) hingga Persimpangan Bertingkat Tanjong Karang sepanjang 93.8km, manakala di Perak bermula dari Jalan Persekutuan (FR5) di Hutan Melintang ke Plaza Tol Changkat Jering sepanjang 139.2 km.

Bagi jajaran Lebuhraya WCE di Perak ia membabitkan lima pakej iaitu pakej lapan hingga 12 membabitkan 11 pembinaan susur keluar dan persimpangan bertingkat selain tiga kawasan rehat dan rawat (R&R).

11 Persimpangan bertingkat akan dibina di Hutan Melintang, Teluk Intan, Lekir, Sitiawan Selatan, Sitiawan Utara, Changkat Cermin, Kinta Barat, Beruas, A130, Trong dan Taiping Selatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2019 02:39 PM | Show all posts
semoga jalan tidak sesak seperti selalu since dah ada beberapa alternatif jalan untuk ke utara.
selamat memandu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 02:43 PM | Show all posts
ada 4 exit je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 03:21 PM | Show all posts
lepas ni balik kelantan x jem lah , xperlu naik helikopter , xperlu buat helipad atas pokok harum manis
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2019 03:23 PM | Show all posts
lex lar..bukan 1 seksyen je...akan jem jugak nanti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.113228 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list