CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3491|Reply: 1

[REALITI TV] AishaRetno Juara 'Rookie', Aina Abdul Dinobat Juara 'Idol' Vokal Mania - Harian

[Copy link]
Post time 27-12-2020 04:40 PM | Show all posts |Read mode

Aksi AishaRetno dan Aina Abdul pada final Vokal Mania.


Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Program Vokal Mania melabuhkan tirai dengan menobatkan AishaRetno sebagai Juara Rookie, manakala Aina Abdul pula Juara Idol selepas sembilan minggu bersiaran.

Kedua-dua pemenang masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 bagi 'Rookie' dan RM50,000 (Idol), kerusi 'gaming' berserta trofi.

Selain Aisha, tiga lagi Rookie yang bertanding di pentas akhir yang berlangsung malam tadi itu ialah Alif Kadim, Danial Chuer dan Eranzz Lambert.

Keempat-empat mereka menentang empat Idol yang bertanding iaitu Tomok, Lan Solo dan Indah Ruhaila selain Aina.

Kesemua peserta Rookie dan Idol memulakan pusingan pertama dengan persembahan solo yang menampilkan dua lagu medley.

Rookie kemudiannya tampil dalam pusingan 'battle' menentang barisan Idol sebelum berentap dalam pusingan 'battle' seterusnya menentang sesama Rookie.

Kesemua persembahan Rookie dan Idol dinilai oleh juri tetap, Misha Omar dan Yusry Abdul Halim serta Adibah Noor pula juri jemputan yang membawa 70 peratus daripada markah keseluruhan, sementara baki 30 peratus lagi melalui undian penonton di www.xtra.com.my/vokalmania.

Menariknya, konsert akhir Vokal Mania ini menggunakan format baharu di mana pemenang pusingan 'battle' Rookie VS Idol akan merampas 30 peratus daripada jumlah undian pihak lawannya untuk ditambah ke jumlah pemarkahan mereka.

Konsert akhir Vokal Mania turut diserikan dengan persembahan Kugiran Masdo dan Haqiem Rusly serta persembahan daripada bekas-bekas Rookie seperti Hakeem Zamall, Nuha Bahrin, Aufahanie, Qiem Churros dan Daniesh Suffian.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2020 08:57 AM | Show all posts
Erranz Lambert tu mat Salleh ke nok ke karatz Adam Lambert...  Sorry aku tak tgk sejak program ni bersiaran.. sebab format dia cam bercelaru ala2 mentor tu so aku lose interest..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.141229 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list