CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1709|Reply: 1

[SEJARAH] BATU ROSETTA

[Copy link]
Post time 22-7-2021 11:26 PM | Show all posts |Read mode
BATU ROSETTA


Peristiwa pada 222 tahun yang lalu, Batu Rosetta telah ditemukan di Mesir.
Ia adalah sejenis batu bertulis seberat hampir 800 kg, setinggi 114 cm, selebar 72 cm dan setebal 28 cm yang merupakan antara artifak terpenting dalam sejarah dunia, kunci yang membuka pintu pengenalan kepada tamadun Mesir Purba.

Batu Rosetta ditemukan secara tidak sengaja ketika kerja-kerja pemulihan Kota Julien, sebuah kubu lama binaan Empayar Uthmaniyah, dekat pekan al-Rashid oleh tentera Perancis yang menduduki Mesir di zaman pemerintahan Napoleon Bonaparte.

Pegawai yang ditugaskan di situ, Pierre-François Bouchard menyedari kepentingannya lalu mengarahkan batu tersebut dihantar ke Iskandariah, pusat pentadbiran Perancis di Mesir ketika itu untuk diperiksa.

Namun tidak lama selepas itu, Napoleon tumbang dan Mesir jatuh ke tangan British bersama segala harta penemuan Perancis termasuklah batu tersebut di bawah Perjanjian Iskandariah 1801. Batu Rosetta kemudian dihantar ke England.

Ilmuan Inggeris, Thomas Young memulakan kerja merungkai tulisan pada batu tersebut, menemukan beberapa petunjuk penting sebelum disempurnakan oleh ilmuan Perancis, Jean-François Champollion yang merumuskan penemuannya pada 1822.

Batu itu bertarikh 196 Sebelum Masihi, ketika pemerintahan Ptolemy V. Ia ditulis dalam dua bahasa, Mesir Purba dan Greek dalam tiga jenis tulisan; hieroglif (tulisan para pendita), Demotik (tulisan rakyat kebanyakan), dan Greek Purba (tulisan pentadbiran).



14 baris ayat dalam tiga jenis tulisan pada batu tersebut adalah sebuah dekri oleh majlis pendita, menceritakan keagungan Ptolemy V sebagai Firaun Macedonia yang membawa banyak kemakmuran kepada Mesir pada tahun pertama kemahkotaannya.

Kejayaan Champollion merungkai misteri tulisan hieroglif yang pupus sejak kurun ke-4 Masihi itu menjadi titik mula kepada lebih banyak penerokaan dalam mengenali tamadun Mesir Purba, maka beliau digelar sebagai Bapa Egyptologi.

Batu Rosetta disimpan di Muzium British sejak 1802, hanya disembunyikan seketika di sebuah stesen bawah tanah ketika Perang Dunia Pertama sebelum kembali dipamerkan sehingga hari ini.

Sumber: British Museum, World History, ESA
#PeristiwaNSejarah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2021 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Aritu masa pegi lundong, iols tak prasan pulak batu ni kat museum british
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.063807 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list