CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5340|Reply: 2

SOS kuda laut

[Copy link]
Post time 11-9-2006 11:28 AM | Show all posts |Read mode
SOS kuda laut
Oleh Srihanasham Noordin


100 sukarelawan Kustem jalankan pelbagai kegiatan kesedaran kepada penduduk mengenai kepentingan jaga rumput laut


PULIHARA: Kuda laut
yang bolah ditemui
di sekitar Pantai Selat Tebrau
dekat Sungai Pulai.

JOHOR BAHRU: Suatu hari nanti, kemungkinan besar generasi akan datang hanya mengenali kuda laut melalui gambar kerana kuda laut sebenar sudah mengalami kepupusan akibat ketiadaan sumber makanan dan habitat.

Kuda laut menjadikan kawasan rumput laut sebagai tempat tinggalnya dan lokasi mencari makanan bersama hidupan marin lain seperti dugong, ikan dan penyu selain pelbagai spesies haiwan cengkerang.

Menyedari kepupusan kuda laut yang semakin meruncing, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) melalui Jabatan Sains Marin, Fakulti Sains dan Teknologi menubuhkan kumpulan dinamakan Selamatkan Kuda Laut Kita (SOS).

Kumpulan yang ditubuhkan dua tahun lalu dan mempunyai 100 sukarelawan itu menjalankan pelbagai aktiviti untuk menyelamatkan hidupan marin itu dengan mengadakan program pada semua peringkat masyarakat.

Dalam menyelamatkan kuda laut, mereka berusaha keras menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan menjaga rumput laut kerana ia adalah habitat kepada kuda laut dan hidupan lain.

Koordinator Program SOS, Choo Chee Kuang, berkata Johor mempunyai kawasan rumput laut terbesar di perairan negara ini iaitu sepanjang 1.8 kilometer panjang dengan saiz lebar antara 100 hingga 200 meter di Sungai Pulai, Selat Tebrau yang menjadi medan makan untuk ribuan spesies hidupan marin.

Choo yang juga pensyarah di Kustem dan mempunyai sarjana dalam Biologi Kuda Laut, berkata keselamatan kuda laut akan hanya dapat dipertahankan jika rumput laut dalam keadaan selamat.

"Rumput laut kini turut terancam akibat pembangunan dan aktiviti manusia seperti pencemaran melalui pembuangan sampah ke laut. Keadaan ini secara tidak langsung mengancam hidupan lain termasuk kuda laut dan dugong," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gelang Patah, Johor sempena program pendidikan membabitkan sembilan pelajar Kelab Geografi sekolah itu, baru-baru ini.

Rumput laut, katanya, boleh ditanam semula, tetapi ia membabitkan kos yang tinggi dengan peratusan kejayaan yang amat rendah kerana agak sukar mewujudkan suasana dengan suhu sesuai dalam laut untuk pertumbuhan rumput.

Sehubungan itu, katanya, SOS giat mengumpul pelbagai data berkaitan rumput laut di Johor untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa dengan mensasarkan supaya hamparan rumput laut itu diwartakan sebagai kawasan dilindungi.

"Di muara Sungai Pulai, termasuk paya bakau berhampiran sudah pun diisytihar sebagai kawasan Ramsar pada peringkat antarabangsa, tetapi malangnya ia tidak meliputi kawasan rumput laut itu," katanya.

SOS bernasib baik apabila niat murni mereka disokong Ford Motor Company (Ford) menerusi pemberian geran bernilai RM10,000 untuk kumpulan itu menjalankan program menyelamatkan kuda laut.

Mengenai peruntukan itu, Chong berkata, SOS menyediakan program berbentuk pendidikan untuk pelajar dan bekerjasama dengan SMK Gelang Patah kerana ia adalah sekolah paling dekat dengan Sungai Pulai.

"SOS ingin memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga rumput laut dan supaya masyarakat menyayangi hidupan laut dan selamatkan habitat haiwan itu," katanya.

Choo berkata, menerusi program bersama pelajar, mereka dibawa ke kawasan rumput laut itu ketika air surut untuk membuat beberapa eksperimen mengenai keadaan rumput berkenaan.

Fakta SOS

SOS ditubuhkan pada 2004

Objektif: Menyelamatkan kuda laut di muara Sungai Pulai yang diancam pembangunan

Aktiviti pemeliharaan dijalankan SOS:
- mengkaji populasi dan habitat kuda laut
- menganjurkan pameran, ceramah dan bengkel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2006 05:29 PM | Show all posts
rumput laut ke rumpai laut?
hmm..skrg dh bnyk giloss rumpai laut kat pasaran..
sedap jugak..sampai beli 2-3 peket..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 01:14 PM | Show all posts
aku hingat buat "sos" kuda laut cam sos cili ke sos kicap tu ker..
tekejut tui aku he he... kussss ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.079929 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list