CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2984|Reply: 8

Lantai 13

[Copy link]
Post time 26-9-2007 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Misteri angka 13 terungkai dalam 'Lantai 13'
26-09-2007 10:21:02 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
SETIAP kali muncul filem baru di pawagam, genre seram pasti menjadi pilihan penonton yang sememangnya 'ghairah' dengan jalan cerita yang menimbulkan suasana mendebarkan serta penuh tanda tanya mengenai aksi yang bakal berlaku seterusnya.

Tidak hairanlah jika pihak New Southern Records Sdn. Bhd (NSR) mempertaruhkan filem seram dari Indonesia Lantai 13 sebagai filem pertama yang akan ditayangkan di pawagam bermula November depan.

Filem yang bermaksud Aras 13 terbitan Starvision ini dibintangi oleh penyanyi kumpulan AB Three Widi Mulia, Ariyo Wahab, Virnie Ismail, pelakon watak Aji dalam drama popular 'Mutiara Hati' Lucky Hakim, Tio Pakusadewo serta penampilan khas aktor Love Is Cinta Irwansyah dan penyanyi Maia 'Ratu' Estianty.

Aksi cemas Luna dalam 'Lantai 13' (Foto ihsan NSR)
Karya pengarah Indonesia Helfi Kardit ini mengisahkan Luna (Widi Mulia) yang telah menerima surat temuduga yang menyatakan alamatnya di aras 13 iaitu sebuah bangunan pejabat.

Di situ beliau telah bertemu dengan Laras (Virnie Ismail) yang bertanggungjawab ke atas calon-calon setiausaha. Laras telah membawa Luna ke sebuah bilik di aras 13 yang juga dihadiri oleh 12 orang calon lain.

Tetapi Luna telah mengalami satu kejadian yang pelik ketika berada di bilik itu. Apabila beliau turun ke lobi semula, beliau telah di bawa berjumpa dengan bos syarikat itu dan sebenarnya surat temuduga itu adalah surat yang dihantar kepada beliau setahun yang lepas. Oleh kerana syarikat itu memerlukan seorang setiausaha, Luna diterima bekerja di situ.

Tetapi sejak Luna bekerja di situ, beliau telah mengalami pelbagai kejadian pelik dari bunyi bising apabila beliau menyebut aras 13, suara rintihan di tangga kecemasan, tangisan wanita di dalam tandas, lif yang mengeluarkan bau busuk, sehinggalah kepada kisah kematian 12 orang gadis calon setiausaha sebagai korban.







Antara sekuen yang mendebarkan dalam 'Lantai 13'

Setahun lalu iaitu pada 6 Jun 2006, ia menyatakan bahawa 06/06/06 adalah angka kebangkitan syaitan dan hantu. Tarikh itu telah dijadikan upacara korban 13 nyawa sebagai syarat tetapi gagal. Setahun kemudian iaitu pada 6 Jun 2007, surat temuduga yang hilang dan tidak diterima Luna telah sampai.

Tanpa disangka, rupanya Luna adalah calon korban ke-13 yang terselamat kerana nasib baiknya. Beliau adalah kunci untuk penyempurnaan upacara korban tersebut dan menamatkan segala peristiwa aneh di bangunan itu.







Babak ngeri dalam 'Lantai 13'

Kemunculan Kuntara (Tio Pakusadewo) yang misteri sebagai orang kepercayaan Albert (Lucky Hakim) iaitu pemilik bangunan itu menjadikan situasi bertambah rumit. Sementara Rafael (Ariyo Wahab), teman lelaki Luna yang bekerja sebagai wartawan telah menambahkan lagi masalah.

Tapi benarkah aras 13 itu tidak pernah wujud? Dan jika ia wujud, benarkah ia akan mengundang bencana bagi penghuni dan pemiliknya? Atau apakah yang akan terjadi jika aras 13 memang benar wujud?

Bagi merungkai segala persoalan ini, tontonilah filem Lantai 13 yang akan ditayangkan bermula November ini!


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2007 11:34 AM | Show all posts
macam seram jer....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 11:39 AM | Show all posts
ha ah macam seram je
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 03:40 PM | Show all posts
cam seram je..cerita die nak sama sket ngn citer cina aku tgk kt tv3 ari tu..pasal antu kt opis gak..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 12:05 PM | Show all posts
mcm best je..ni mesti bos dia yg jahat. sume mangsa jd antu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 03:13 PM | Show all posts
tapi harap2 seram tu menjadi la..selalunye tengok gmbr je lebih tapi cite takde ape sangat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2007 06:06 PM | Show all posts
citer hantu lagi :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 11:03 AM | Show all posts
dah open hari ni...
jom2...

lantal 13 VS 9September
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2007 11:15 AM | Show all posts
jgn tgk lantai 13, tgk 9september...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.081222 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list