CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: tumpanglalu74

M.A.Z.A. Bakal Dihukum Kerana Membela Rakyat

[Copy link]
Post time 22-7-2010 12:07 PM | Show all posts
tumpang lalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2014 07:14 PM | Show all posts

Aku Rase Masin Kot Mulot Aku Ni

Sori la, aku patot update thread ni sejurus selepas beliau diberhentikan dari menjadi mufti.  Sementelah itu juga, orang yang pernah menghina dia di sebuah ceramah, telah Allah turunkan aib yang seaib-aibnya.

Kini setelah 6 tahun berlalu kita masih mendengar kata-kata yang bernas darinya.  Syabas ustaz!

Teruskan dengan dakwahmu membimbing umat yang kian hanyut ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 07:40 PM | Show all posts
Bagusla ustaz...Teruskan menegur...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2014 03:38 PM | Show all posts

Teguran Seterusnye

anapirate posted on 5-8-2014 07:40 PM
Bagusla ustaz...Teruskan menegur...

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, beliau tidak bersetuju Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dipilih sebagai menteri besar Selangor bukan kerana beliau wanita tetapi kerana sebab-sebab lain.

“Saya tidak pernah kata setuju Dr Wan Azizah jadi menteri besar Selangor. Ada beberapa sebab lain untuk beliau tidak menjadi pilihan.

“Namun saya tidak setuju tafsiran sesetengah ustaz bahawa wanita tidak boleh menjadi MB menurut Islam, bahkan mereka kata dalam semua urusan.

“Walaupun lelaki lebih afdal atas beberapa keadaan, namun mengharamkan wanita memegang jawatan menteri besar perlu dinilai semua,” katanya menerusi blog DrMaza.com.

Hadis Rasulullah yang menyelar kaum wanita untuk diangkat sebagai pemimpin perlu dilihat dalam konteks yang sebenarnya dan tidak boleh disandarkan secara umum, kata beliau.

Bekas mufti Perlis itu berkata pandangan sesetengah ulama yang merujuk hadis “Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik wanita mengurus urusan mereka" secara umum akan memberi sekatan kepada wanita terlibat dalam kepimpinan organisasi secara keseluruhannya.

Semalam, sebuah blog Pena Minang menerangkan secara terperinci mengapa wanita tidak sesuai untuk diangkat sebagai pemimpin menerusi perspektif Islam.

Hujah yang diutarakan oleh M Afifuddin menerusi portal itu turut menyandarkan kepada hadis riwayat Al-Bukhari berkenaan dan memberikan pandangan secara menyeluruh mengenai perspektif wanita sebagai pemimpin.

Asri berkata hadis yang dijadikan hujah itu mempunyai teks dan konteksnya yang tersendiri iaitu isu anak perempuan Kisra Parsi yang menjadi maharani.

Katanya, Abu Bakrah juga menggunakan hadis ini untuk menolak kepimpinan isteri Rasulullah, Siti Aishah dalam isu membantah pembunuh Uthman Al-Affan di zaman pemerintahan khalifah Ali Ibni Abi Talib.

“Jika hadis ini dianggap terpakai secara umumnya, wanita bukan sahaja tidak boleh jadi MB, bahkan pengetua, ketua pejabat, pengarah, exco, senator, menteri dan seumpamanya juga tidak boleh.

“Al-Quran dalam surah Al-Naml dalam penceritaannya memuji Ratu Saba atau dalam riwayat Yahudi dengan nama Balqis.

“Kebijaksanaannya mengatasi menteri lelaki kabinet kerajaannya. Hasil kebijaksanaan itu membawanya beriman bersama Nabi Sulaiman. Ia bukti kejayaan wanita,” katanya.

Asri berkata Umar Al-Khattab juga pernah melantik Syifa binti Abdillah sebagai menteri yang mengurus pasar di zamannya.

“Banyak juga wanita dalam dunia ini menjadi pemimpin lebih baik dari sebahagian lelaki,” katanya menguatkan lagi hujahnya. – 16 Ogos, 2014.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-tidak-setuju-wan-azizah-jadi-mb-bukan-kerana-wanita-kata-bekas-mufti-p#sthash.9RVdinvx.dpuf Last edited by tumpanglalu74 on 18-8-2014 03:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak dihukum2 pun lagi...elok je dah jd mufti balik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 07:29 PM | Show all posts
hahha...mana ada org berani tangkap dia.

dah apa yg dia sebut tu betul kut

tepat dan berfakta

bukan semata2 auta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2016 07:31 PM | Show all posts
dia ni je educated... bukan ilmu agama semata2.. semua ilmu dia ada belajar..tak sombong..

some ulama, ilmu lain takmo bljr..ilmu agama 24-7..pendapat tak boleh terima.ambil side demi politik. tu ke perangai ulama yg elok?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgus artikal ni..sesuai bg ke kak mah.. Kak mah sekali buat rambut dah rm1,200..itu pun duit rakyat Hokeyyy..x termasuk celebrate bday dia lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.392846 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list