CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 425|Reply: 3

[Tempatan] Isu Azam Baki: Lalitha beri keterangan di Bukit Aman

[Copy link]
Post time 3-2-2022 07:43 PM | Show all posts |Read mode
Isu Azam Baki: Lalitha beri keterangan di Bukit Aman


Lalitha bersama Manjit Singh selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan polis.

Ia dipercayai berkaitan penulisan artikel berkaitan dakwaan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Lalitha berkata, beliau bersama peguamnya, Manjit Singh Dhillon bertemu dengan pegawai penyiasat untuk diambil keterangan berhubung kes itu jam 2.25 petang tadi.

"Hari ini saya dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

"Laporan polis dibuat oleh pegawai SPRM pada 7 Januari lalu dan saya menerima surat tuntutan (LOD) pada 6 Januari lalu," katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas selesai memberi keterangan jam 6.09 petang tadi.

Lalitha berkata, beliau diajukan 83 soalan dengan 15 muka surat keterangan dalam sesi yang mengambil masa kira-kira tiga jam setengah itu.

"Saya memberi kerjasama yang baik dengan menjawab semua soalan yang dikemukakan pegawai polis yang mengendalikan kes ini. Mereka amat profesional," katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Lalitha dimaklumkan melalui panggilan telefon pada Isnin lalu untuk hadir ke Bukit Aman jam 2.30 petang ini.

Lalitha dilaporkan berkata, dia dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung dua artikelnya yang bertajuk Business ties among MACC leadership: How deep does it go?.

Pada 12 Januari lalu, Azam melalui peguam mewakilinya memfailkan tuntutan saman fitnah RM10 juta terhadap Lalitha di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tuntutan saman fitnah itu berikutan penerbitan sebuah artikel di sebuah portal agensi berita, masing-masing pada 26 Oktober dan 15 Disember tahun lalu.

Peguam cara, Megat Abdul Munir, dilaporkan berkata, keputusan mengemukakan saman fitnah dibuat selepas bekas penyelidik C4 itu gagal memberi sebarang maklum balas terhadap LOD bertarikh 6 Januari lalu.

Azam sebelum ini memaklumkan, pihaknya akan mengemukakan saman terhadap mereka yang mencemarkan reputasinya dan SPRM, selain bagi memastikan dakwaan tidak berasas itu tidak berulang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sebelum ini didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai ketika menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara 2015 dan 2016.

https://www.bharian.com.my/berit ... angan-di-bukit-aman

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
C4 tu yang tak menahan tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 08:51 AM | Show all posts
sejauh mana keberkesanan akta perlindungan pemberi maklumat akhirnya terjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu dipihak yg benar tak perlu lah gusar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196999 Replies : 4559
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.057875 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list