CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1014|Reply: 15

[Tempatan] 2,000 restoran mamak "bungkus", rakyat tempatan yang mahu berkhidmat begitu menyedihkan

 Close [Copy link]
Post time 4-2-2022 08:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 4-2-2022 08:18 AM

KUALA LUMPUR: Kekurangan tenaga kerja yang membelenggu sektor perkhidmatan sajian dan restoran sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini, menyebabkan lebih 2,000 restoran mamak terpaksa menutup perniagaan sejak 2020.

Kekurangan tenaga kerja berlaku bukan saja disebabkan kebanyakan pekerja asing mereka yang sebelum ini terpaksa pulang kerana tamat permit kerja atau terkandas akibat pandemik ketika pulang bercuti di negara asal, tetapijuga disebabkan kesukaran mendapatkan pekerja tempatan bagi mengisi kekosongan itu.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, menyifatkan kekurangan tenaga kerja kini menjadi isu besar yang semakin kritikal membelenggu ahlinya di seluruh negara.

Beliau berkata, kekurangan pekerja memberi kesan besar terhadap kelangsungan industri perkhidmatan sajian dan restoran sejak larangan kemasukan pekerja asing dikuatkuasakan susulan pandemik COVID-19.

"Susulan isu ini, ahli persatuan kini sudah berkurangan kepada kira-kira 10,000 sahaja kerana sudah ramai yang terpaksa menutup sepenuhnya operasi restoran mereka kerana sukar mendapat pekerja," katanya.

Jawahar Ali berkata, ramai juga pekerja restoran sebelum ini menggunakan MyTravelPass pulang untuk bercuti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan tetapi tidak dapat masuk semula akibat pandemik, sehingga menjejaskan operasi restoran mamak di seluruh negara.

"Kini selepas PKP tidak lagi berkuat kuasa dan kita pun sudah bergerak ke arah yang lebih baik dalam tempoh pandemik ini serta keadaan ekonomi yang beransur pulih ini, namun isu pekerja terus menjejas operasi restoran.

"Hari ini, kami berdepan situasi kritikal sehingga ada restoran mamak yang terpaksa memaksimumkan operasi dengan sedikit pekerja sehingga memberi tekanan untuk perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Apabila membabitkan pelanggan ia memberi kesan langsung kepada kami," katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, Jawahar Ali berkata, industri restoran mamak memerlukan sekurang-kurang 30,000 lagi pekerja untuk mengisi kekosongan di seluruh negara.

"Operasi restoran mamak hari ini juga berdepan keadaan 'kelam-kabut' ekoran sistem yang sudah ditetapkan sebelum ini sukar dilaksanakan disebabkan kekurangan pekerja.

"Biasanya setiap bahagian perkhidmatan di restoran mamak akan ada beberapa pekerja terlatih atau mahir untuk kendalikan bahagian itu. Contohnya pekerja di bahagian menyediakan air, tidak akan bertugas sebagai penghantar makanan atau tukang masak terpaksa menjadi penebar roti canai. Malah, ada petugas khusus untuk menjaga kebersihan premis, termasuk mencuci tandas.

"Jadi, apabila berlaku kekurangan pekerja ini, sistem itu amat sukar dipraktikkan lagi dan menjadi kelam-kabut. Perkara paling dibimbangi adalah soal kebersihan yang menjadi keutamaan PRESMA," katanya.

Jawahar Ali berkata, ahli PRESMA sentiasa sedia menyahut seruan kerajaan untuk menggaji pekerja tempatan, tetapi malangnya ia sukar dilaksanakan kerana bilangan

"Kita menghasilkan poster khas untuk pengambilan rakyat tempatan dan dipasang di setiap restoran ahli, namun sambutan amat dingin. Yang datang pun hanya warga emas yang kesempitan wang atau warga asing yang lari daripada majikan di sektor lain seperti buruh ladang atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Kita tidak diskriminasi warga emas yang masih mampu bekerja walaupun sebenarnya kita memerlukan tenaga muda dalam perkhidmatan ini.

"Orang muda lebih suka bekerja dalam sektor ekonomi gig... mungkin kerana waktu kerja yang fleksibel," katanya.

Sebelum ini, Jawahar Ali dilaporkan berkata, kebanyakan pengusaha restoran mamak kehilangan hampir 50 peratus pekerja selepas mereka pulang ke negara asal sejak PKP dilaksanakan pada awal 2020.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/918450/2000-restoran-mamak-tutup





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurangkan jumlah restoran mamak pun bagus untuk ekonomi negara.

Sektor makanan lain yg lebih menggaji warga tempatan boleh tumbuh segar, kurang saingan.

Lagi byk choice of food yg rasa lagi sedap dan tak staple cam mamak...hiasan kedai yg hipster, buka peluang pedapatan kedai deko dan perabot.

Kedai mamak da ketinggakan zaman, x sesuai nak represent wajah Malaysia di alaf baru. Banyak sgt ke byr cukai ke negara? Tiap2 bulan2 pekerja remit duit keluar ada la...this country is bleeding badly.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 09:06 AM | Show all posts
Rakyat tempatan lebin suka bukak gerai niaga sendiri bawah pokok….pasar mlm tepi longkang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 4-2-2022 09:08 AM

Jarang jumpa kedai makan melayu jual nasi putih berlauk waktu ptg dan malam, org balik kerja dinner x mau berhabis masa tunggu order masak panas nasi goreng semua tu kerana kos masa serupa masak sendiri kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 10:32 AM | Show all posts
ninja boy replied at 4-2-2022 09:07 AM
Jarang jumpa kedai makan melayu jual nasi putih berlauk waktu ptg dan malam, org balik kerja dinner  ...

tu utk lunch je, kalau ptg sampai mlm goreng,
tp idea ni bernas jugak sbnarnye,boleh la cuba buka biz berkonsep mcm tu,bermacam aneka lauk pauk yg penting x sama dgn lunch nt org ingt laut tgh hari dibawa ke mlm
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecattaik replied at 4-2-2022 09:06 AM
Rakyat tempatan lebin suka bukak gerai niaga sendiri bawah pokok….pasar mlm tepi longkang.

Last last bangsa lain meluncur jauh.....kita marah....

Itu la Asyik niaga dok bawah pokok tepi jln bila nak terbang sayap?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2022 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 4-2-2022 10:32 AM
tu utk lunch je, kalau ptg sampai mlm goreng,
tp idea ni bernas jugak sbnarnye,boleh la cuba buka  ...

Kandar dari pagi sampai kemalam menu lauk pauk sama takda pulak sebelah ptg dam malam takda yg berkunjung atas fahaman lauk dari pagi kheunz?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 11:02 AM | Show all posts
stinger456 replied at 4-2-2022 10:46 AM
Kandar dari pagi sampai kemalam menu lauk pauk sama takda pulak sebelah ptg dam malam takda yg ber ...

kedai mamak malam ade goreng2,roti canai ade lagi,nasi kandar kena ada 24jam,lagi lama lagi sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 4-2-2022 11:02 AM
kedai mamak malam ade goreng2,roti canai ade lagi,nasi kandar kena ada 24jam,lagi lama lagi sedap
...

There you go....and how do you think they can sustain the same lauk throughout the 24hrs?

The simple logik...they obviously have two cycles of cooking kheunz? So why nasi campur melayu tak boleh ambil approach yg sama?  Supaya, samada customers datang during lunch or dinner...the food is still fresh?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah mmg restoran sendu kot.. i tengok kat tempat mamak or indian resto dekat area i ni elok je penuh orang...

Cafe kitorg nak buka 2 tempat soon ni pun mmg nak employ locals ONLY... kalo pekerja tu baik, jujur, boleh upgrade jadi permanent staff...

Ya Allah, semoga dipermudahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 4-2-2022 11:11 AM
Dah mmg restoran sendu kot.. i tengok kat tempat mamak or indian resto dekat area i ni elok je penuh ...

Semoga berjaya sis. Bagus semangat lokal bantu lokal, tapi nak harapkan pekerja permanent dalam f&b memang susah. Hat muda2 dalam f&b ni selalu buat f&b macam persinggahan aja sebelum cari kerja pejabat.

Kalau kafe siap mohon dipromosi kat porem.Kalau sekitar KL boleh aku cuba.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
terlalu banyk kedai mamak..tu yg buat yg lain bungkus...hanya yg 'establised' jer...mampu bertahan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 12:03 PM | Show all posts
melayu takut persaingan agaknya sampai x mampu menandingi restoran mamak yg bukannya luarbiasa sgt pun. harga makanan pun bukanlah murah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 4-2-2022 12:03 PM
melayu takut persaingan agaknya sampai x mampu menandingi restoran mamak yg bukannya luarbiasa sgt p ...


x la...kedai mamak sesuai tuk makan & lepak..kedai melayu..tuk/tmpt mkn jer...mamak semua ada(yg biasa la)...drp sarapan..sampai ke supper mlm buta...kedai melayu tmpt aku drng boleh bersaing...sb semua jenis  masakan/menu dia ada(yg biasa la)...kecuali roti...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 12:20 PM | Show all posts
green~tea replied at 4-2-2022 11:11 AM
Dah mmg restoran sendu kot.. i tengok kat tempat mamak or indian resto dekat area i ni elok je penuh ...

niat yg baik semoga dipermudahkan..nnt share nama resto...kalau dekat boleh iols menjamu selera...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.060073 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list