CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 702|Reply: 10

[Tempatan] Surat dari Jakarta: Ngobrol politik Malaysia

 Close [Copy link]
Post time 4-2-2022 09:49 AM | Show all posts |Read mode


Surat dari Jakarta: Ngobrol politik Malaysia
Rosli Khan -February 4, 2022 8:35 AM

Pak Iwan (bukan nama sebenar) ialah kawan rapat saya yang saya kenali bersama familinya juga. Anak-anaknya, yang cuma dua (satu cewek dan satu cowok) juga sebaya dengan anak-anak saya dan sering berhubungan melalui panggilan video.

Bekerja sebagai penjawat awam, Pak Iwan berkelulusan ijazah sarjana atau S2 dalam bidang ekonomi dari universiti terkenal di Amerika Syarikat dan telah menjadi sebahagian dari anggota ‘tulang belakang’ pemerintah lebih dari 25 tahun, membuatkan beliau beberapa tahun lebih muda dari saya.

Waktu saya ketemu beliau pertama kalinya lebih sepuluh tahun yang lalu, beliau baru pulang dari Bank Dunia di Washington, bekerja sambil belajar di sana dan kembali bertugas semula di Kementerian Kewangan Indonesia.

Tetapi sekarang telah naik pangkat besar dan berpindah lagi ke kementerian luar negara. Beliau juga menjadi penasihat kepada pemerintah tentang politik semasa negara-negara Asean, apalagi sekarang Indonesia baru dilantik menjadi pengerusi G20, satu tugas yang amat penting.

Ini bererti Pak Iwan ini sangat suka membaca dan mengkaji. Bukan hanya membaca subjek yang terpilih tetapi dia harus banyak membaca, mengenali serta menghalusi ramai ahli-ahli politik di negara jiran yang mereka memilih untuk menjadi ‘country expert’ tadi.

Saya anggap beliau adalah salah satu dari beberapa teman rapat saya dari kalangan orang ternama yang saya kenali disini, yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam politik dan amat mendalami tentang politik di Malaysia.

Pak Purba (pun bukan nama asal) juga seorang lagi teman saya yang amat luas pengalaman dan pengetahuannya tentang politik negara kita yang tercinta itu. Tetapi beliau yang juga seperti Pak Iwan, yang amat fasih dalam Bahasa Inggeris, lebih condong kepada persoalan politik internasional dalam media massa dan bukan lagi seperti Pak Iwan yang berminat dengan politik nusantara.

Pak Iwan lebih mirip minatnya tentang politik dalaman di Malaysia dan mempunyai prediksi tersendiri tentang ahli-ahli politik Malaysia. Gaya dia, seperti dia mengenali mereka semua dengan amat rapat, tapi sebenarnya tidak. Keperincian pengetahuan beliau tentang beberapa personaliti politik di tanah air amat mengkagumkan.

Beliau mempunyai banyak soalan-soalan yang agak rumit dan sulit untuk dijawab oleh saya, walaupun saya rasa lebih memahami situasi sebenar di Malaysia.

Tetapi saya amat tahu dan menghargai persoalan pokok yang beliau anuti, iaitu perbezaan demokrasi ala Amerika di mana Presidennya dipilih oleh rakyat jelata, dengan demokrasi ala Inggeris, di mana Perdana Menterinya dipilih oleh parti yang mempunyai majoriti di parlimen. Indonesia itu ala Amerika, sementara Malaysia ala Inggeris.

Perbedaan amat ketara

Pak Iwan berpendapat bahawa Malaysia harus menukar cara pemilihan Perdana Menteri yang dipilih di Malaysia dengan mengikuti cara yang berlaku di Indonesia, selepas Pak Harto ditumbangi.

Beliau berhujah, “Sekiranya pemilihan Perdana Menteri itu dibuat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun, tidak akan terjadi sebarang pertukaran kerajaan seperti apa yang telah berlaku di Malaysia pada Februari 2020.”

“Bayangkan, ditahun 2018 itu, rakyat pastinya memilih Mahathir untuk menjadi PM dan tak mungkin memilih Najib, bererti Mahathir ngak bisa digugat oleh sesiapa, meskipun ada yang bertukar parti atau lompat parti antara grup Muhyiddin dan grup Azmin, lewat Februari 2020.”

“Rakyat memilih PM, jadi jawatan PM itu akan menjadi tetap. Mungkin juga Menteri Besar dan Ketua Menteri juga, dipilih oleh rakyat secara ‘direct voting’ dan bukannya dipilih oleh beberapa orang dari parti yang menang dengan majoriti, sama ada di Parlimen dan juga di Dewan Undangan Negeri.”

“Seperti juga pemilihan Gabenor di serata provinsi di sini,” bilang saya.

“Ya…dengan cara ini, yang dilantik menjadi PM, MB atau KM akan lebih telus dan bertanggungjawab kepada rakyat dan bukan lagi kepada ketua-ketua parti yang lebih banyak memesongkan tugasan PM dan MB atau KM itu, untuk tujuan atau kepentingan mereka dan mengikut telunjuk mereka, seperti apa yang telah berlaku di Melaka dan di Perak itu.”

Sebelum saya sempat bertanya, beliau langsung menambah.

“Tampuk kuasa itu berpindah kepada rakyat dan bukan lagi kepada ketua-ketua parti yang selalunya ganas dan rakus dalam memberi atau menolak sokongan kepada ketua negara atau negeri,” jelas Pak Iwan.

“Benar juga ulasan Pak Iwan,” jawab saya sambil mengambil peluang untuk menghirup kopi hitam tanpa gula yang tersedia di meja.

Pak Iwan bersama famili mengundang saya makan malam di rumahnya yang berlokasi di Pondok Indah. Selepas makan, kami bersantai di bahagian luar rumah, di pinggir taman hijau dan kolam renang yang agak mewah, dengan pandangan terbuka ke arah lapangan golf.

Ngobrolnya menjunam terus ke arah politik Malaysia.

“Nah…dalam keadaan politik Malaysia sekarang, dimana undian banyak untuk memilih parti dan bukan orangnya, ramai tokoh-tokoh yang berwibawa yang bisa menjadi PM, MB atau KM disana, yang efektif dan tidak korup, tidak akan terpilih. Kerana apa?”
Dia menyoal tapi selantas itu, dia juga terus menjawab.

“Kerana mereka tidak didokongi oleh partai, atau oleh ketua-ketua partai yang tidak sehaluan dengan visi mereka.”

“Sekiranya anda dari Umno misalnya, untuk menjadi calun, anda harus dikenali Pak Jahid atau Najib. Tapi anda juga punyai ketokohan, punyai kelulusan, punyai tarikan tersendiri, tidak mengamalkan korupsi, popular dikalangan rakyat, tapi bukan orang Umno. Jadi bagaimana? Anda tidak bisa naik dan dicalunkan oleh partai.”

“Siapa maksud Pak Iwan?” tanya saya yang masih kaget dengan hujahnya yang sangat tajam.

Tokoh-tokoh yang tenggelam

“Waduh..tokohnya ramai sekali di Malaysia tu, Pak Rosli,” katanya sedikit terhenti dan tersenyum.

“Orang Malaysia itu ramai yang pandai…tetapi mereka semua akan tenggelam atau sengaja ditenggelamkan, Pak,” nadanya seperti membisik pada saya sebelum menyambung lagi.

“Pak Shafie ngak bisa maju dengan parti Warisannya yang kecil. Apa lagi kerna dia tidak rasis. Dia tokoh yang hebat. PM material. Pak Rafizi juga sama nasibnya seperti Syed Saddiq. Mereka dari partai yang tidak rasis, maka dalam sistem sekarang, ngak bisa naik, malah akan ditekan terus oleh mereka yang sedang berkuasa…kecuali mereka dilonjak naik terus oleh rakyat ke jawatan PM atau MB.”

“Apa lagi dengan mereka yang tidak berpartai seperti Pak Zaid, Pak Tawfiq, Siti Kasim dan banyak lagi.”

“Sebentar, Pak…sedikit klarifikasi,” saya mencelah. “Maksud Pak Iwan, Rafizi Ramli dan Syed Saddiq dari parti PKR dan MUDA? Dan yang tidak berparti seperti Zaid Ibrahim, Tawfiq Ismail dan Siti Kasim, benar Pak?” saya cuba untuk mendapat kepastian.

“Ya, mereka itu kan tokoh yang hebat semua tu, Pak…” jawab Pak Iwan pendek. Sambil pausenya sekejap, dia sambung lagi pidato politik Malaysia yang dia begitu gemar dan cekap.

“Mengikut pandangan saya, nama-nama yang saya sebutkan itu adalah tokoh-tokoh terbaik di Malaysia, tetapi mereka tidak akan maju kerana sistem politik Malaysia sekarang menekan dan tidak akan menaikkan mereka. Sistem sekarang mesti ditukar ganti terlebih dahulu.”

Tambahnya lagi. “Bayangkan, rakyat Malaysia tidak akan mahu memilih Muhyiddin atau Mahiaddin (namanya juga ngak jelas – sambil ketawa) sebagai PM, bukan? Apa lagi Ismail Sabri…secara jujur, saya masih lagi mencari-cari dimana ketokohan dia, apa lagi ‘all the court cluster gang’, tak mungkin dipilih rakyat, bukan? Bayangkan lagi, sekiranya rakyat diberi pilihan dan mereka yang menentukan, bukan Parlimen, antara Pak Jahid, Ismail Sabri atau Pak Shafie, siapa yang akan menang untuk jadi PM?”

Hebat syarahan dan pertanyaan Pak Iwan ni, fikir saya. “Tentunya Shafie Afdal, walaupun partinya kecil, tapi ketokohanya yang paling besar…”

“Nah.. itulah maksud saya. ‘The best man will become the PM’…bukan kerna partinya besar atau ramai MP di Parlimen…Dulunya Malaysia telah kehilangan tokoh seperti Musa Hitam, Ku Li dan mungkin juga Rafidah Aziz. PM yang dipilih oleh sekalian rakyat ngak bisa tumbang, kecuali ada kasus, kes korupsi..begitu maksud saya.”

Kenapa orang-orang di Malaysia tidak berfikiran begini? Kita mahu yang terbaik untuk jadi PM. Bukan sekadar yang terbaik dalam parti Umno atau PKR atau PAS.
Saya ngelamun sebentar sebelum Pak Iwan sambung lagi.

“Sistem sekarang cuma memberi peluang kepada ketua-ketua lama yang berkuasa, yang korup dan yang punyai banyak uang untuk mencalunkan orang-orang yang sehaluan dengan mereka,” kata Pak Iwan begitu tegas dan penuh konfiden.

Saya amat kagum dengan perhatian dan ilmu yang dimiliki oleh Pak Iwan dan situasi politik di Malaysia. Beliau ternyata meneliti dan mengkaji apa yang telah dan sedang berlaku disana. Analisanya juga ternyata tepat.

“Sistem pelantikan politik di Malaysia sekarang tidak akan melahirkan seorang Jokowi, apalagi untuk membasmi kemiskinan dan melawan korupsi,” kata Pak Iwan seperti memberi kesimpulan yang amat dalam.

Tanpa disedari, saya terpegun dan merenung jauh ke dalam cangkir kopi yang telah kehabisan, cuba mencari jawapan.

Yang nampak cuma serbuk kopi hitam yang masih basah, kopinya udah habis, seperti kehabisannya peluang perubahan politik untuk negaraku, Malaysia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2022 09:49 AM | Show all posts
Suami sharing artikel ke saya, terus saya sharing di sini ya
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 01:19 PM | Show all posts
Bezalah Indonesia dengan Malaysia ...Di Malaysia pemimpin parti dan sultan-sultan melayu adalah rassul Allah di bumi kerna itu mereka adalah orang-orang pilihan yang suchi dan mulia yang patut kita taati dan junjung

Hanya kepada mereka hidup kita akan terjamin di dunia dan akhirat ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi..politik itu la..rohana dapat tawaran ic beserta tawaran ke universitas secara gratis...apa..indon ngak mau..ngak bersyukur???...kok gitu???
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 01:54 PM | Show all posts
Friska replied at 4-2-2022 09:49 AM
Suami sharing artikel ke saya, terus saya sharing di sini ya

Bersungguh kan mainkan watak online ni.
Sedih sgt
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Momod2, sila ambil perhatian. Haramkan tajuk2 thread dalam bahasa indon. Ini bukan forum ndon.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2022 02:53 PM | Show all posts
tikusmontok replied at 4-2-2022 02:27 PM
Momod2, sila ambil perhatian. Haramkan tajuk2 thread dalam bahasa indon. Ini bukan forum ndon.:curse ...

aku dh bgtau admin dah...senyap je
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tikusmontok at 4-2-2022 05:58 PM
musangbodoh replied at 4-2-2022 02:53 PM
aku dh bgtau admin dah...senyap je


Admin ramai leluhur ndon kot, reputz cari pun ramai ndon, tu ysng friska babu byk lemak

Momod @Xim @FantasyIsland
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 06:04 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 4-2-2022 06:05 PM

rajin orang indonesia ngobrol politaik malaysia.

bagi aku, manosia2 sial dalam parti politaik demokrasi ni,
tak kira la parti or pakatan apa pun,
sama jer macam babi semua nya, spesis bangsat

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 06:24 PM | Show all posts
Cerpen apakah ini?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 06:25 PM | Show all posts
[12] Any source beside malay or english language must be provide with translation:
[12] Sebarang sumber selain dari bahasa melayu atau inggeris mestilah disertakan terjemahan:

a. Moderator have right to close the thread if not fullfile the rules.
a. Moderator berhak menutup topik jika tidak memenuhi syarat.

or
atau

b. Thread will close and credits penalty for each new thread is created.
b. Topik akan ditutup dan penalty kredit setiap kali topik baru diwujudkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 195745 Replies : 4532
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30316 Replies : 176
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54
Lepas ni I-Bunga kah?
JohnyEnglishLepas ni I-Bunga kah?
Views : 5377 Replies : 20
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30524 Replies : 163
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92711 Replies : 165
IDEA -   Alam Melayu vs  Indonesia Raya
nusarayaIDEA - Alam Melayu vs Indonesia Raya
Views : 4465 Replies : 1
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30198 Replies : 185
[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN HAGWON - Wi Ha Joon, Jung Ryeo Won
Rahah[tvN/Viu 2024] THE MIDNIGHT ROMANCE IN H
Views : 10307 Replies : 60

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.115000 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list