CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 703|Reply: 3

[Politik] 'Kes ini hendaklah diberi keutamaan' - Hakim

[Copy link]
Post time 4-2-2022 11:45 AM | Show all posts |Read mode
'Kes ini hendaklah diberi keutamaan' - Hakim


ROSMAH Mansor. FOTO Saifullizan Tamadi.


Kuala Lumpur: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan mengingatkan peguam bela Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberikan keutamaan kepada kes rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak yang dihadapi isteri bekas perdana menteri itu.

Mohamed Zaini berkata, beliau mengambil maklum bahawa pasukan pembelaan mempunyai jadual yang ketat, bagaimanapun meminta mereka untuk menulis surat kepada mahkamah bagi menangguhkan kes lain.

"Kes ini hendaklah diberi keutamaan.. Ini adalah kes jenayah dan membabitkan saksi akhir pembelaan," katanya.

Mohamed Zaini berkata demikian selepas menerima penjelasan peguam Rosmah apabila diberitahu bahawa saksi pembelaan kedua, bekas Pegawai Khas di di Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod tidak dapat hadir untuk memberikan keterangan pada hari ini berikutan masih menjalani kuarantin wajib di rumah sekembali daripada mengerjakan umrah.

Peguam bela Azrul Zulkifli Stork memberitahu mahkamah, mengikut jadual asal, Siti Azizah sepatutnya pulang ke tanah air pada 27 Januari lalu dan selepas menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari, saksi itu sepatutnya memberikan keterangan pada hari ini seperti yang ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini.

Azrul berkata, bagaimanapun Siti Azizah terpaksa menunda penerbangan pulang kepada 29 Januari lalu kerana penerbangan dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur pada tarikh asal dibatalkan yang menyebabkan tempoh kuarantin wajib di rumah hanya berakhir esok.

Selepas mendengar penjelasan peguam, Mohamed Zaini kemudian menangguhkan prosiding kepada kepada 15 Februari ini.

Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagi pertuduhan pertama, Rosmah didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa.

Semua kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula 5 Februari 2020.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eri-keutamaan-hakim

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Percubaan utk delay perbicaraan sehingga umno betul2 berjaya tanpa bersatu menjadi kerajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 01:08 PM | Show all posts
15% duit kopi perghhh....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 05:34 PM | Show all posts
Memanjang ke kes2 dia orang ni berhalangan dn ditangguh.  Peguambela sakitlah, demamlah, covidllah, kuarantinlah, ke icu je belum.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19671 Replies : 97
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 201083 Replies : 4737
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9992 Replies : 53
เว็บแทงบอลยูโร เดิมพันบอลยูโร สมัครแอดไลน์ @UFADEAL แทงบอลบนมือถือ บอลเต็ง ...
khawjaw67เว็บแทงบอลยูโร เดิมพ
Views : 0 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 91310 Replies : 633
แทงบอลยูโร เว็บแทงบอลยูโรอันดับ 1 สมัครแอดไลน์ @UFADEAL ฝากถอนระบบออโต้ ไม่...
khawjaw67แทงบอลยูโร เว็บแทงบอ
Views : 0 Replies : 0
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27226 Replies : 108
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 192315 Replies : 1713
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5101 Replies : 11
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73704 Replies : 323

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.293408 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list