CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 2

[Dunia] Lebih 50 orang mati ditetak di Congo

 Close [Copy link]
Post time 4-2-2022 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 50 orang mati ditetak di Congo
Oleh KOSMO!
4 Februari 2022, 10:00 am



BUNIA, Republik Demokratik Congo (DR Congo) – Lebih 50 orang awam terbunuh apabila sejumlah anggota militia bersenjatakan parang menyerang sebuah lokasi tempat pelarian berlindung di timur DR Congo, kata beberapa sumber.

Seramai 52 orang dengan sebilangan mereka kanak-kanak telah dibunuh, kata sumber daripada misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (MONUSCO) sambil menambah, sejumlah 36 yang lain cedera.

Kerajaan DR Congo juga menyatakan bahawa sekitar 50 orang telah mati.

“Pembunuhan beramai-ramai orang awam yang tidak berdaya adalah jenayah kemanusiaan,” kata jurucakap tentera di wilayah Ituri, Leftenan Jules Ngongo.

Badan pemantau bebas berpangkalan di Amerika Syarikat, Kivu Security Tracker berkata, penyerang-penyerang yang membawa senjata tajam itu adalah anggota kumpulan bersenjata dinamakan Koperasi untuk Pembangunan Congo(CODECO) yang didakwa melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai di lokasi tersebut.

Serangan itu berlaku di Djugu dekat Tasik Albert. Kawasan itu adalah medan pertempuran berterusan antara komuniti Lendu dan Hema.

Pertempuran antara dua etnik itu tercetus antara tahun 1999 hingga 2003 yang meragut berpuluh-puluh ribu nyawa sebelum dihentikan oleh tentera pengaman Kesatuan Eropah, Artemis.

Keganasan kembali semula pada 2017 yang didakwa berpunca daripada kemunculan CODECO. Kumpulan itu didakwa melindungi etnik Lendu.

Sejak dari itu, serangan-serangan oleh CODECO menyebabkan ratusan kematian dan mendorong lebih 1.5 juta orang meninggalkan kediaman mereka, manakala separuh daripada populasi di rantau itu berdepan kekurangan makanan.

Serangan terbaharu itu menyasarkan Kem Pelarian Plaine Savo di mana lebih 24,000 orang berlindung daripada keganasan di Djugu pada 2019, demikian menurut Majlis Pelarian Norway.- AFP

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 01:04 PM | Show all posts
mai mesia...nnti kami tangkap kasi mkn preee...8 tahun kami bela baik2
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2022 01:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197246 Replies : 4561
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73467 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.062125 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list